awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya
PN Perlis hormati keputusan Muhyiddin lepas jawatan
Pemuda PN tuntut konsensus penuh susulan peletakan jawatan Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Malaysia gesa usahawan e-dagang jadi pelanggan kontrak

Bernama
Bernama
04/08/2016
07:08 MYT
Pos Malaysia gesa usahawan e-dagang jadi pelanggan kontrak
Pos Laju mencatatkan 30 juta pelanggan bagi perkhidmatan kuriernya dengan penghantaran hampir berganda kepada 400,000 bungkusan sehari. - Gambar fail
Pos Malaysia Bhd menggesa semua usahawan perniagaan kecil terutamanya yang terlibat dalam e-dagang untuk mendaftar sebagai pelanggan kontrak bagi menikmati faedah dan diskaun semasa membuat penghantaran mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata dari Mei hingga Jun, 2016, Pos Laju mencatatkan 30 juta pelanggan bagi perkhidmatan kuriernya dengan penghantaran hampir berganda kepada 400,000 bungkusan sehari.
"Apabila usahawan dalam talian ini mendaftar dengan kami, kami boleh menawarkan mereka kadar pilihan dan diskaun, bergantung kepada kuantiti bungkusan, serta, perkhidmatan pengambilan percuma dari rumah mereka.
"Selain daripada itu, terdapat juga perkhidmatan kredit sekiranya mereka memenuhi kriteria tertentu yang telah kami tetapkan," kata Mohd Shukrie pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian hadiah peraduan 'Kempen Hantar & Menang 2016', di sini, hari ini.
Beliau berkata Pos Malaysia juga merancang membuka 10 pusat perkhidmatan EziDrive-Thru di Lembah Klang menjelang akhir tahun bagi kemudahan pelanggan yang mahu menghantar bungkusan mereka tanpa perlu keluar daripada kenderaan.
"Pada akhir bulan ini, kami akan membuka tiga pusat iaitu di Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Kelana Jaya.
"Kami juga berharap usahawan e-dagang, di seluruh negara, boleh memberikan maklum balas mengenai perkhidmatan pandu lalu itu kepada kami agar kami dapat merancang dengan lebih baik pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata kos pembukaan setiap pusat pandu lalu itu adalah antara RM100,000 dan RM120,000.
Oleh kerana perniagaan Pos Laju berkembang kira-kira 20 peratus setahun, ketika ini ia sedang menyusun semula pelan penghantarannya yang mana posmen juga akan diperlukan untuk menghantar bungkusan Pos Laju, katanya.
"Pada masa ini, 20-30 peratus posmen kami menghantar bungkusan Pos Laju dan kami merancang melatih lebih ramai lagi posmen untuk memenuhi permintaan," kata Mohd Shukrie.
Pada majlis itu, 19 pemenang bertuah membawa pulang jongkong emas bernilai lebih RM160,000.
Kempen tersebut yang dibukakan kepada semua pelanggan "On Demand Pick-up" dan orang awam berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Mei, 2016.
Topic Berkaitan
#E-dagang
#Mohd Shukrie Mohd Salleh
#Pos Malayia Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan