Skip to main content

Bisnes

Potensi Super El Nino boleh jejaskan pertumbuhan Malaysia, Indonesia, Thailand - CIMB

Generic musim panas
CIMB Investment Bank Bhd memaklumkan kemungkinan besar Indonesia dan Thailand akan terjejas lebih awal daripada Malaysia. - Gambar hiasan/Freepik
Advertisement

KUALA LUMPUR: Fenomena El Nino luar biasa yang dijangka berlaku penghujung tahun ini boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Malaysia, Indonesia dan Thailand dari akhir 2026 hingga suku ketiga (S3) 2027.

CIMB Investment Bank Bhd memaklumkan kemungkinan besar Indonesia dan Thailand akan terjejas lebih awal daripada Malaysia.

Menerusi laporan CIMB Treasury and Markets Research hari ini, bank pelaburan itu memaklumkan Relative Oceanic Nino Index (RONI) dijangka mencapai kemuncaknya antara 2.5°C (Celsius) dan 3.0°C pada November dan Disember 2026, dengan tekanan hujan berkemungkinan muncul di Indonesia pada Suku Ketiga 2026, diikuti oleh Malaysia dan Thailand pada Suku Pertama 2027.

"Kesan ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibat El Nino yang buruk boleh berlanjutan dari akhir 2026 hingga Suku Ketiga 2027," menurut bank itu.

Mengandaikan RONI puncak pada 2.5°C, CIMB mengunjurkan impak terhadap pertumbuhan KDNK suku tahunan dijangka mencapai kemuncaknya sekitar 0.4 mata peratusan di Thailand dan 0.3 mata peratusan di Indonesia pada suku pertama 2027.

Malaysia dijangka mengalami impak tersebut pada kemudiannya, dengan pertumbuhan KDNK suku tahunan berpotensi mencecah sekitar 0.2 mata peratusan pada kemuncaknya pada suku ketiga 2027.

Walaupun potensi impaknya terhadap pertumbuhan ekonomi, CIMB memaklumkan kesan terhadap permintaan yang lebih luas daripada El Niño dijangka terhad.

Bagaimanapun, bank pelaburan itu berkata risiko penurunan pertumbuhan cenderung disebabkan oleh kos baja, kekurangan air dan jerebu yang berkaitan dengan keadaan buruk El Nino.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement