Prestasi KDNK 2015 adalah pencapaian baik dalam ketidakpastian global - RHB

Pritha Manivannan
Februari 19, 2016 12:16 MYT
Menurut Pengarah Urusan RHB Banking Group Datuk Khairussaleh Ramli, perkara utama ialah kemampuan menguruskan ketidakstabilan dalam persekitaran mencabar - Gambar Fail
Prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2015 sebanyak 5.0 peratus masih dianggap baik dengan jumlah penggunaan domestik bagi suku keempat menunjukkan peningkatan.
Menurut Pengarah Urusan RHB Banking Group Datuk Khairussaleh Ramli, peningkatan penggunaan domestik bakal menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan namun perlu diurus dengan baik.
"Ketidakstabilan dijangka berterusan dan ketidakpastian ini dialami secara global. Kita harus mengurus ketidakpastian ini dengan baik.
"Perkara utama ialah kemampuan menguruskan ketidakstabilan dalam persekitaran mencabar ini.
"KDNK suku keempat menunjukkan penggunaan domestik yang lebih kukuh berbanding jangkaan. Ini adalah perkara baik dan saya harap ini akan membantu pertumbuhan ekonomi dengan keadaan semasa," kata Khairussaleh.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan slogan baru RHB "Together We Progress" di ibu pejabat RHB pada Jumaat.
Menyentuh mengenai penyenaraian RHB Bank, Khairussaleh berkata, ia masih menunggu kelulusan.
"Kami masih menunggu kelulusan. Saya berharap ia akan dilaksanakan, kemungkinan pada suku kedua," katanya.
Pada 28 Ogos tahun lalu, cadangan pelaksanaan korporat RHB Bank mendapat kelulusan pemegang saham dalam mesyuarat luar biasa bersama Bursa Malaysia Securities Berhad dan Bank Negara Malaysia.
Sementara RHB Capital telah melengkapkan terbitan haknya Disember lalu dengan pegangan saham pelabur sebanyak RM2.3 bilion.
#"Together We Progress" #Datuk Khairussaleh Ramli #KDNK #Pengarah Pengurus Kumpulan #RHB