KUALA LUMPUR: AmInvestment Bank Research mengunjurkan prestasi kewangan pengeluar sarung tangan getah pada suku ketiga 2023 terus merosot atau dalam situasi yang lebih positif adalah stabil dari suku tahun ke suku tahun.

Firma penyelidikan itu sebelum ini menjangkakan bahawa pendapatan bagi industri berkenaan boleh meningkat pada suku kedua seperti yang dinyatakan dalam nota kajian yang dikeluarkan pada awal Julai 2023.

Bagaimanapun, perubahan itu katanya, disebabkan penurunan purata harga jualan (ASP) pada suku ketiga bagi meneruskan kos operasi yang lebih rendah manakala jumlah jualan kekal lemah pada suku tahun sebelum itu.

"Memandangkan penggunaan sarung tangan getah global pada 2023 lebih lemah berbanding pra pandemik, pengeluar sarung tangan di Malaysia mengalami kerugian bahagian pasaran kepada pesaing serantau.

"Kami menjangkakan perubahan positif pada suku keempat tahun ini disokong penyederhanaan harga gas asli, surcaj elektrik dan perbelanjaan operasi yang lebih rendah akibat penutupan yang kurang cekap (terutama untuk Hartalega dan Kossan).

"Keadaan itu juga disokongkitaran penambahan pelanggan pada suku pertama 2024 yang boleh membolehkan pengeluar sarung tangan memperoleh semula kuasa harga," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

AmInvestment berkata, walaupun terdapat penurunan harga saham sebanyak 10% hingga 30% baru-baru ini daripada kemuncaknya pada 2023, pengeluar sarung tangan di bawah liputan merekamasih 20%- hingga 35% lebih tinggi daripada harga saham sebelum kenaikan harga awal yang bermula pada pertengahan Mac 2023.

Akibatnya, ASP merosot pada suku ketika tahun ini dan jumlah jualan yang lemah pada separuh kedua boleh menjejaskan minat pasaran jangka pendek dalam sektor sarung tangan.

Firma penyelidikan itu mengekalkan penarafan 'underweight' bagi sektor itu. - DagangNews.com