awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produk PKS Sabah tembusi pasaran UK dan EU

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2022
08:07 MYT
Produk PKS Sabah tembusi pasaran UK dan EU
Majlis MOU itu ditandatangani Zaiton Bakri dari Kristal Handal Sdn Bhd yang merupakan syarikat subsidiari Kumpulan Yayasan Sabah yang memantau GLOPEC. FOTO: Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pusat Sehenti Usahawan Global (GLOPEC) menandatangani MOU bagi kerjasama dengan United Kingdom (UK) dan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) dalam memasarkan produk tempatan dari Sabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang mengetuai Delegasi Promosi UK berkata, kerajaan komited menyokong mana-mana perniagaan selepas terjejas akibat COVID-19.
Menerusi MOU ini, kementerian akan bekerjasama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) membantu GLOPEC untuk meneruskan pemasaran dan perdagangan sekali gus memacu pasaran antarabangsa.
‘’Kerajaan komited menyokong pemulihan perniagaan selepas gangguan ekonomi global disebabkan penularan COVID-19.
‘’Melalui MOU ini, kementerian akan akan bekerjasama dengan TERAJU dan membantu GLOPEC meneruskan usaha pemasaran dan perdagangan mereka serta menjamin peluang perniagaan antarabangsa selepas sekatan perjalanan ditarik semula dan pembukaan semula sempadan antarabangsa,’’ katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Majlis MOU itu ditandatangani Zaiton Bakri dari Kristal Handal Sdn Bhd yang merupakan syarikat subsidiari Kumpulan Yayasan Sabah yang memantau GLOPEC.
GLOPEC berfungsi menyebarkan maklumat perniagaan berkaitan PKS Sabah sekali gus menyediakan latihan, membantu kempen promosi kepada produk PKS.
Sementara itu, bagi Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, MOU ini satu pencapaian penting buat GLOPEC dalam memperluaskan pasaran antarabangsa.
Katanya, kumpulan Yayasan Sabah gembira dengan kemajuan GLOPEC dan rakan perniagaan antarabangsanya sekali gus membantu usahawan Sabah.
Topic Berkaitan
#produk Sabah
#Glopec
#pasaran EU
#Delegasi Promosi UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan