BISNES
Program INSKEN jana RM22.4 juta peningkatan hasil jualan
INSKEN mengadakan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2025. - Foto INSKEN
KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) menjana RM22.4 juta peningkatan hasil jualan kepada ekonomi negara melalui pelaksanaan Program Bimbingan INSKEN sepanjang tahun ini di seluruh negara.
Ringkasan AI
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub berkata, pencapaian INSKEN selari dengan hala tuju Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) dan aspirasi Ekonomi MADANI, iaitu membina usahawan yang lebih cekap, berdaya tahan dan inklusif.
"Melalui peningkatan hasil jualan dan pulangan daripada perbelanjaan belanjawan, jelas bahawa pembangunan kapasiti usahawan adalah pelaburan yang memberi impak nyata kepada ekonomi negara.
"Dengan bermulanya RMK-13 tahun hadapan, usaha penskalaan usahawan mikro kepada usahawan kecil akan terus dipergiat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Viviantie Sarjuni dalam kenyataan sama berkata, seiring dengan permulaan RMK-13, institut itu akan terus memperkukuh strategi pembangunan usahawan mikro dan kecil agar lebih bersedia untuk bersaing dalam ekonomi baharu.
INSKEN juga, katanya akan memperluas pelaksanaan inisiatif seperti pembangunan Perusahaan Sosial dan Perniagaan Inklusif.
"Kejayaan yang diraikan hari ini menunjukkan bahawa pembangunan kapasiti adalah kunci utama dalam meningkatkan penyertaan PMKS kepada sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara," ujar beliau.
Melalui pelbagai inisiatif keusahawanan, INSKEN menganjurkan 27 Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC), 11 Program INSKEN Mini Coaching, dan satu masing-masing Program Usahawan Perantis Pembangunan Produk & Servis (SPACE-PPS) serta Program Usahawan Siswazah (PUSH).
Secara keseluruhan, lebih 1,200 usahawan mikro telah menamatkan Program Bimbingan INSKEN 2025, mencatat pelbagai pencapaian antaranya RM22.4 juta peningkatan hasil jualan IBBC; 710 pekerjaan baharu diwujudkan (IBBC); serta 59 usahawan naik taraf daripada perniagaan mikro kepada kecil (IBBC).
Selain itu, INSKEN merekodkan pulangan pelaburan RM6.70 bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan untuk pelaksanaan program bimbingan di seluruh negara.
Ringkasan AI
- INSKEN meningkatkan hasil jualan negara sebanyak RM22.4 juta melalui Program Bimbingan INSKEN sepanjang tahun, selaras dengan RMK-13 dan Ekonomi MADANI.
- Usaha penskalaan usahawan mikro kepada kecil akan diperkukuhkan dengan permulaan RMK-13, memastikan persediaan usahawan bersaing dalam ekonomi baharu.
- Melalui berbagai program keusahawanan, lebih 1,200 usahawan mikro telah menamatkan Program Bimbingan INSKEN 2025 dengan pencapaian positif seperti peningkatan hasil jualan, pekerjaan baharu, dan pemantapan perniagaan.