Program subsidi beras ST15 dan S15 bagi membantu golongan berpendapatan rendah kurang berkesan berikutan beras dikeluarkan turut digunakan warganegara asing, pengusaha kedai makan serta dijadikan makanan binatang peliharaan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3, pengauditan dijalankan antara Mac hingga Julai 2015 mendapati kesannya menyebabkan ketiadaan stok beras subsidi di pasaran runcit, dan golongan sasar tidak dapat membeli beras dengan harga lebih murah.
Semakan audit melalui soal selidik terhadap 86 pelanggan mendapati 54 daripadanya warganegara Malaysia dan 32 lagi terdiri dalam kalangan warga asing seperti Bangladesh, Nepal, Indonesia, Pakistan dan Filipina termasuk golongan pengusaha kedai makan dan dijadikan makanan binatang peliharaan.
Selain itu, menerusi lawatan ke kedai-kedai runcit, sebanyak 34 daripada 83 kedai dilawati tidak mempunyai stok beras subsidi kerana mengikut maklum balas peruncit, stok bekalan beras subsidi yang diterima sedikit dan tidak mencukupi.
"Terdapat juga keadaan di mana stok diterima habis dijual dalam tempoh singkat dan peruncit tidak dapat menambah stok baharu sehinggalah pemborong menghantar stok bagi bulan berikutnya," menurut laporan itu.
Sebagai langkah penambahbaikan, laporan itu antara lain mengesyorkan supaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mewujudkan mekanisme berkesan dan sesuai bagi memastikan golongan sasar benar-benar mendapat manfaat daripada program itu.
"Antaranya keperluan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau agensi lain bagi mewujudkan satu mekanisme seperti pemberian kupon berdasarkan program e-kasih atau penghantaran beras subsidi ke rumah golongan sasar atau mengubah dasar pembayaran subsidi dalam bentuk wang ringgit atau BR1M.
"Selain itu, kriteria pemilihan pemborong yang diguna pakai perlu disiasat dan pastikan pengagihan kuota kepada setiap pemborong yang sah diselaraskan berdasarkan keupayaan sebenar dan dipatuhi secara konsisten untuk mengelak pertikaian," menurut laporan itu.
Menerusi maklum balas diterima pada 21 Okt 2015, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan kementerian itu sedang merangka mekanisme baharu bagi penambahbaikan program sedia ada yang dijangka dapat dilaksanakan pada Jun tahun depan.
Bernama
Mon Nov 23 2015
Sebanyak 34 daripada 83 kedai dilawati tidak mempunyai stok beras subsidi kerana mengikut maklum balas peruncit, stok bekalan beras subsidi yang diterima sedikit dan tidak mencukupi. - Gambar Fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Infografik: Kerajaan Persekutuan peroleh peningkatan hasil sebanyak 3.4 peratus pada 2014
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 dibentangkan di Parlimen Isnin selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Program subsidi beras kurang berkesan
Program subsidi beras ST15 dan S15 bagi membantu golongan berpendapatan rendah kurang berkesan berikutan beras dikeluarkan turut digunakan warganegara asing, pengusaha kedai makan antaranya.
Sistem tebatan banjir bernilai hampir RM6 juta tidak dimanfaat - Laporan Audit
Pelbagai peralatan bagi pemasangan sistem tebatan banjir di Kelantan dan Sarawak yang dianggar bernilai RM6 juta tidak dimanfaat kerana masalah teknikal dan pemasangan.