awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek kediaman bersepadu DC dijangka siap pada suku pertama 2016

Bernama
Bernama
19/02/2014
08:14 MYT
Projek kediaman bersepadu DC dijangka siap pada suku pertama 2016
Projek DC Residency bersepadu RM2.5 bilion di Damansara Heights dijadual siap sepenuhnya pada suku pertama 2016.
Projek itu dilaksanakan oleh GuocoLand (Malaysia) Bhd (GLM), cabang harta tanah Hong Leong Group.
Pengarah Urusan GLM Tan Lee Koon berkata sambutan prapelancaran DC Residency sangat menggalakkan terutama daripada golongan kelas atasan yang semakin bertambah di Malaysia dan ekspatriat mewah.
"Berdasarkan lokasinya, saya yakin ia turut menggamit pembeli harta tanah dari negara seperti Singapura, China dan Hong Kong," katanya semasa taklimat media mengenai projek itu di sini Rabu
Projek ini terdiri daripada dua menara kediaman mewah 28 tingkat, hotel 5 bintang, dua menara pejabat Gred A dan pusat membeli-belah empat tingkat.
Dua menara kediaman itu menawarkan 370 pangsapuri perkhidmatan mewah satu hingga 3+1 bilik, dengan reka bentuk kontemporari.
Unit biasa mempunyai keluasan binaan antara 899 kaki persegi dan 2,705 kaki persegi.
Dibangunkan di kawasan pembangunan pegangan bebas seluas 2.12 hektar (8.5 ekar) di Damansara City, harga DC Residency bermula daripada RM1,500 kaki persegi.
Topic Berkaitan
#Projek DC Residency
#Tan Lee Koon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan