awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek rel berkembar Gemas-JB dijangka siap akhir 2023

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
20/05/2022
15:49 MYT
Projek rel berkembar Gemas-JB dijangka siap akhir 2023
Azmi berkata, PLBEGJB kini sudah memasuki fasa akhir dengan kira-kira 85 peratus kerja-kerja pembinaan selesai. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) sepanjang 192 kilometer dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction (Rail Division), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, projek mega itu kini sudah memasuki fasa akhir dengan kira-kira 85 peratus kerja-kerja pembinaan selesai.
Katanya, apabila rel berkembar tersebut siap dibina nanti, ia bakal memanfaatkan komuniti setempat dan meningkatkan ekonomi.
"Ia terdiri daripada 11 stesen dan untuk pekan-pekan kecil yang ada di Johor, stesen ini dianggap sebagai mercu tanda bagi kawasan tersebut.
"Selain itu, kemudahan yang bakal tersedia disekitarnya juga dapat memanfaatkan ramai orang. Antaranya bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan, akan lebih mudah untuk ke mana-mana sahaja selepas ini.
"Ia juga membolehkan lebih banyak perniagaan dibuka untuk pelbagai kelompok masyarakat dan memudahkan mereka ke bandar-bandar besar," katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran YTL Construction, pada Jumaat.
Dalam pada itu, katanya, tren yang berkuasa 25,000 voltan itu mampu bergerak selaju 140 kilometer sejam, dengan anggaran masa perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral hanya tiga jam 30 minit.
Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya juga bakal menawarkan pakej pengembaraan baharu dari Asia ke Eropah dengan menggunakan perkhidmatan kereta api.
Pakej itu meliputi perjalanan kira-kira 18,755 kilometer yang bermula dari Johor sehingga London yang akan melalui beberapa stesen utama termasuk di Bangkok, Beijing dan Mongolia.
Topic Berkaitan
#Rel berkembar
#Gemas-JB
#Azmi Abdul Aziz
#YTL Construction
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan