awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB

Bernama
Bernama
03/02/2025
08:02 MYT
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data. - Gambar hiasan/ Freepick
KUALA LUMPUR: Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
Baru-baru ini, kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenakan langkah-langkah kawalan penyebaran kecerdasan buatan (AI) yang mewujudkan kebimbangan mengenai pembinaan pusat data di ASEAN disebabkan sekatan bekalan unit pemprosesan grafik (GPU).
Maybank IB menekankan rangka kerja penyebaran oleh AS masih dapat disesuaikan untuk mempengaruhi kadar di ASEAN.
"Perkembangan Model Bahasa Besar (LLM) yang lebih cekap dijangka mempercepat dan menjadikan penggunaan AI lebih meluas, memacu permintaan dan mengurangkan kebimbangan mengenai kekangan bekalan GPU.
"Secara keseluruhannya, kami mengekalkan prospek positif terhadap permintaan pusat data di ASEAN," katanya.
Menurut bank pelaburan itu, kebanyakan pusat data baharu di ASEAN dibina untuk menyokong AI dan beban kerja awan tradisional, memastikan fleksibiliti berikutan permintaan yang semakin berkembang.
Walaupun permintaan jangka pendek dipacu oleh pengkomputeran awan, penggunaan AI jangka panjang di ASEAN tidak dapat dielakkan, didorong oleh antara lain kecekapan kos ASEAN.
"Perluasan infrastruktur AI di AS membolehkan bahagian GPU yang lebih besar diperuntukkan untuk eksport, sebahagiannya mengurangkan impak daripada peraturan penyebaran AI yang mengehadkan penghantaran GPU secara langsung ke luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#ASEAN
#pusat data
#Maybank IB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan