Utusan Melayu (Malaysia) Bhd berdepan kemungkinan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia berikutan berdepan masalah kewangan ditambah dengan kegagalan untuk mencari pelabur bagi menyelamatkannya.
Berita itu tersebar selepas desas-desus bahawa syarikat akhbar berbahasa Melayu tertua yang ditubuhkan pada 1939 sebagai Utusan Melayu dengan penerbitan pertamanya dalam Jawi itu akan menghentikan operasi pada Rabu ini selepas beroperasi selama 80 tahun.
Pada 30 Jun, 2019 ia mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM261.61 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata berdasarkan prestasi segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan semasanya, ahli lembaga tidak pasti bahawa kumpulan akan dapat kembali pulih pada akhir tahun kewangan 2019.
"Disebabkan keputusan yang merosot seperti di atas, kumpulan mengalami kekangan aliran tunai dan telah secara serius berusaha menangani isu itu dengan meningkatkan usaha bagi penjualan harta tanahnya.
"Bagaimanapun, kemajuan penjualan itu terjejas teruk oleh sentimen pasaran perlahan, sekatan dan syarat pihak berkuasa relevan dan dengan itu syarikat tidak dapat menyelesaikan isu aliran tunai dengan kadar segera,” katanya.
Ia juga berkata adalah mustahil untuk kumpulan itu meyakinkan pelabur berpotensi untuk menyelamatkan perniagaan itu.
"Beberapa pihak berpotensi yang dikenal pasti telah enggan untuk mengambil bahagian disebabkan liabiliti besar ditanggung kumpulan," katanya.
Oleh itu, kumpulan tidak dapat memenuhi syarat Bursa Malaysia untuk meningkatkan daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
Situasi semasa itu telah menjejaskan hak Bursa Malaysia Securities Bhd untuk meneruskan langkah menggantung urus niaga sahamnya dan untuk nyahsenarai syarikat itu sekiranya ia gagal mengemukakan pelan penstrukturan semula kepada pihak berkuasa hari ini.
Sehubungan itu, Utusan berkata pihaknya sedar bahawa Bursa Securities boleh mengambil sebarang tindakan relevan termasuk menggantung urus niaga sekuriti disenaraikan pada hari keenam pasaran selepas tarikh notis penggantungan.
Semasa urus niaga ditutup hari ini, sahamnya naik satu sen kepada 11 sen dengan 11,000 saham diniagakan.
Sejarah Utusan bermula di Queen Street, Singapura.
BACA: Utusan Melayu henti cetak akhbar Rabu ini?
Ia ditubuhkan oleh Yusof Ishak, yang kemudian menjadi presiden pertama Singapura.
Ia kemudian memindahkan ibu pejabatnya ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur selepas Merdeka pada 1958.
BACA: Kakitangan Utusan Melayu adakan piket tuntut gaji tertunggak 3 bulan
Semasa zaman kegemilangannya, edaran suratkhabarnya memuncak sehingga 350,000 naskhah sehari pada 1990-an dan ia merupakan suratkhabar terlaris di negara ini.
Bagaimanapun, ia semakin kurang mendapat sambutan selepas 2004, apabila edarannya merosot kepada 250,000, dan terus merudum kepada 144,438 naskhah pada separuh pertama 2016.
Utusan berdepan masalah sejak 2012, dan pada Ogos tahun lepas, ia memasuki kriteria PN17 selepas gagal membuat pembayaran prinsipal dan keuntungan kepada Bank Muamalat Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd berjumlah RM1.18 juta.
Bernama
Mon Aug 19 2019


1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bintang 'Goodfellas' Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur
Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur ketika sedang menjalani penggambaran filem "Dangerous Waters" di Republik Dominican, pada Khamis.

Ballon d'Or: Mane sedih pemain Afrika kurang diiktiraf
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah mendominasi anugerah itu sejak 2008.

WEF 2022 | Kesediaan dunia laksana ESG, depani cabaran teknologi
Inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) merupakan asas penting dalam pelaksanaan sama ada di peringkat kerajaan mahupun perniagaan. Di sebalik mengaplikasi ESG, terdapat juga cabaran-cabaran lain yang perlu ditempuh. Editor Niaga AWANI, Najib Aroff ada perincian dari Davos, Switzerland sempena Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2022.

Ekonomi | Inflasi meningkat, perlu penyelesaian menyeluruh
Pakar Ekonomi MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli mengulas isu inflasi serta strategi penyelesaiannya.

'Ideologi politik bunuh kewartawanan Melayu, orang Melayu jangan sombong'
Ahmad Murad berkata, ada pihak yang menolak untuk membaca bahan berita berbahasa Melayu.

Persidangan Nikkei | Asia dalam landasan terbaik kemudi perubahan dunia
Berdasarkan kekuatan ekonomi dan pengaruh di peringkat global, Asia kini berada di landasan terbaik untuk mengemudi perubahan dunia yang lebih baik sekali gus membentuk status quo yang baharu.

'Yasin ubah saya ke arah kebaikan' - Faizal Tahir
Faizal berkata, banyak perkara tentang kehidupan yang dipelajari daripada Yasin, terutama melibatkan hal-hal berkaitan agama dan juga al-Quran.

Isu kekurangan bekalan ayam dijangka selesai bulan depan - Timbalan Menteri
Berdasarkan pemantauan ketika ini, gangguan kekurangan bekalan di sesetengah kawasan sudah semakin pulih.

"Orang Melayu jangan sombong"
Sikap taksub terhadap ideologi politik menjadi salah satu punca kewartawanan Melayu di negara ini 'terbunuh' dan tidak berkembang berbanding pemberitaan dalam bahasa Cina.

Keuntungan bersih suku ketiga YTL Corp melonjak kepada RM414.6 juta
YTL berkata, pelupusan ElectraNet membantu perkhidmatan pengurusan dan perniagaan lain kembali mencatat keuntungan.

Malakoff catat untung bersih suku pertama lebih rendah, hasil meningkat
Malakoff mencatat perolehan hasil dan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi masing-masing pada RM1.88 bilion dan RM98.18 juta bagi suku terbabit.

Bursa Malaysia bertentangan dengan trend serantau akhiri minggu ini rendah
Bursa Malaysia bertentangan dengan trend serantau untuk mengakhiri minggu ini rendah, dengan indeks utama merosot 0.02 peratus.

Keuntungan bersih Pharmaniaga naik kepada RM27.73 juta pada suku pertama
Keuntungan bersih sebanyak RM27.73 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 daripada RM23.14 juta setahun lalu.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.93 mata kepada 1,553.34 daripada 1,544.41 pada Jumaat.

Untung bersih MR DIY susut kepada RM100.5 juta akibat tekanan kos
Penurunan itu terutamanya disebabkan perbelanjaan yang lebih tinggi apabila lebih banyak cawangan dibuka pada suku berkenaan.

Tindakan kompaun Serba Dinamik, 4 pengurusan tertinggi sesuai, wajar - Peguam Negara
Keputusan mengkompaun kesalahan SDHB adalah merupakan satu bentuk hukuman yang memadai untuk kesalahan yang dikatakan telah berlaku setelah mengambil kira hal keadaan kes terbabit.

Mahkamah lepas, bebaskan Serba Dinamik, pengurusan tertinggi
Serba Dinamik Holdings Berhad, pengurusan tertingginya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Gas Malaysia catat untung, hasil lebih tinggi pada suku pertama
Gas Malaysia turut mengumumkan dividen akhir sebanyak 6.87 sen sesaham berjumlah lebih RM88 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2021, akan dibayar pada 27 Julai, 2022.