Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
BISNES

Prosperity Burger kembali lagi! McDonald’s Malaysia gema semangat kebersamaan

Malekah Aisyah 20/11/2025 | 12:30 MYT
Pengarah Urusan & Rakan Operasi Tempatan, Datuk Azmir Jaafar (enam, kiri) dan Melati (lima, kiri) menjemput penggemar Prosperity Burger untuk menikmati set hidangan sambil menyumbang 20 sen kepada (RMHC) Malaysia. - Foto McDonald’s malaysia
KUALA LUMPUR: Di puncak mercu tanda ikonik negara, Menara Kuala Lumpur, Prosperity Burger kembali menyatukan rakyat Malaysia untuk berkongsi detik penuh kegembiraan dan kebersamaan.


Ringkasan AI
  • Di puncak mercu tanda ikonik negara, Menara Kuala Lumpur, Prosperity Burger kembali menyatukan rakyat Malaysia untuk berkongsi detik penuh kegembiraan dan kebersamaan.
  • Sempena ketibaan tradisi tahunan yang dinanti-nantikan ini, McDonalds Malaysia mengangkat tema "Prosperity Kembali, Lebih Bererti", menyeru rakyat untuk merenungkan makna sebenar prosperity yang bukan terletak pada apa yang dimiliki seseorang, tetapi hubungan bersama insan di sekeliling termasuk keluarga, rakan-rakan, insan tersayang, rakan sekerja, dan komuniti yang sentiasa bersama serta menghulurkan sokongan.
  • Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonalds Malaysia, Melati Abdul Hai, berkata Prosperity Burger bukan sekadar hidangan, tetapi lambang harapan, kebersamaan dan kenangan yang dikongsi bersama.


Sempena ketibaan tradisi tahunan yang dinanti-nantikan ini, McDonald’s Malaysia mengangkat tema ‘Prosperity Kembali, Lebih Bererti’, menyeru rakyat untuk merenungkan makna sebenar ‘prosperity’ yang bukan terletak pada apa yang dimiliki seseorang, tetapi hubungan bersama insan di sekeliling termasuk keluarga, rakan-rakan, insan tersayang, rakan sekerja, dan komuniti yang sentiasa bersama serta menghulurkan sokongan.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, berkata Prosperity Burger bukan sekadar hidangan, tetapi lambang harapan, kebersamaan dan kenangan yang dikongsi bersama.

“Prosperity Burger telah menjadi satu tradisi yang dekat dengan hati rakyat Malaysia.

“Setiap tahun, rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya keluarga dan rakan-rakan, akan sama-sama berkongsi momen istimewa sambil menikmati Prosperity Burger,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Prosperity Di Atas Awan, di sini, pada Isnin.

Menurut Melati, dihasilkan dengan bangga di Malaysia sejak 1994, dengan sos lada hitam istimewa, Prosperity Burger telah menjadi salah satu menu paling ikonik McDonald’s, menyatukan keluarga dan sahabat untuk berkongsi momen yang melambangkan ‘prosperity’.

Tahun ini, Prosperity Burger tampil lebih bermakna melalui kerjasama dengan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC).

“Pada tahun ini kita sangat teruja kerana prosperity tampil dengan tema lebih menarik atau lebih meaningful iaitu Prosperity Kembali, Lebih Bererti. Di mana setiap pembelian set nilai Prosperity Burger bermula daripada 20 November hingga 31 Disember pihak McDonald’s Malaysia akan menyumbang 20 sen kepada tabung Persatuan Kebajikan Ronald McDonald’s,” jelasnya.

Datuk Azmir Jaafar dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Chin Mei Lee di Majlis Pelancaran Prosperity Burger di Menara Kuala Lumpur, pada Isnin. - Foto McDonald’s Malaysia


Datuk Azmir Jaafar dan Melati Abdul Hai melihat Program Pek Kembali Ke Sekolah dan paparan Gift of Smile; kedua-dua program yang akan mendapat manfaat daripada 20 sen yang didermakan untuk setiap set Prosperity Value Meal yang dijual. - Foto McDonald’s Malaysia


Setiap sumbangan disalurkan terus bagi menyokong program-program penting RMHC seperti yang tertera:
Rumah Ronald McDonald – penginapan untuk keluarga pesakit pediatrik.

Gift of Smile – pembedahan sumbing bibir dan lelangit.
Back-to-School – kelengkapan sekolah untuk kanak-kanak kurang berkemampuan.
Sensory Rooms – ruang terapi untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

“Kami berbesar hati untuk bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang menggemari Prosperity Burger untuk menyumbang kembali kepada komuniti.

“Semasa anda menikmati set Prosperity, anda juga membantu RMHC dan mengubah kehidupan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh Malaysia,” tambahnya.

Melati turut menekankan, Prosperity Burger juga membawa nilai teras McDonald’s Malaysia iaitu kekeluargaan, persahabatan, komuniti dan semangat memberi kembali kepada mereka yang memerlukan.

“Ramai yang ternanti-nanti kedatangan kembali burger ini, iaitu burger lada hitam yang sangat mereka gemari.

“Ia menampilkan juga nilai-nilai, bukan sahaja untuk kempen itu sendiri, tetapi nilai-nilai teras kepada McDonald’s Malaysia sendiri. Apakah nilai-nilai itu? Kekeluargaan, persahabatan, komuniti, menyumbang semula kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Galeri pameran di Majlis Pelancaran Prosperity Burger menekankan inisiatif-inisiatif kebajikan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. - Foto McDonald’s Malaysia


Pelancaran kempen di Menara Kuala Lumpur membuka tirai musim penuh keceriaan dan kebaikan di seluruh negara dengan meraikan dan menyantuni kanak-kanak dari Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM apabila diberi peluang menikmati pengalaman istimewa serta mengujakan di mercu tanda ikonik tersebut.

Dengan kemunculan semula Prosperity Burger, Curly Fries dan McFizz di restoran McDonald’s seluruh negara, McDonald’s Malaysia menyeru semua pihak untuk berkongsi bukan sekadar hidangan, tetapi juga nilai kesyukuran.

Kerana bagi McDonald’s, ‘prosperity’ sebenar paling indah apabila dinikmati bersama.


#McDonald's Malaysia #Prosperity Burger #pengalaman istimewa #insan tersayang