Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, menggunakan sistem nama yang terdiri daripada huruf dan angka untuk model akan datangnya bermula dengan X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya.
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Abdul Rashid Musa berkata huruf X sinonim dengan kenderaan crossover atau SUV, manakala angka 70 menandakan saiz atau kelas SUV itu dan akan membolehkan Proton menggunakan sistem logik untuk menambah model yang lebih besar atau lebih kecil pada masa akan datang.
"Ini merupakan kali pertama sistem nama itu digunakan ke atas model Proton susulan penyelidikan kami menunjukkan ia akan menjadikannya lebih mudah untuk dijual di pasaran ASEAN dan antarabangsa yang lain, berikutan tiada halangan dari segi bahasa," katanya kepada pemberita pada sesi pratonton SUV baharu itu di sini hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata penggunaan sistem nama baharu itu akan membolehkan pelanggan lebih fokus kepada nama jenama berbanding nama model.
Abdul Rashid, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, cabang pengedaran Proton, berkata SUV itu akan dibuka untuk tempahan esok di semua pusat Proton 3S dan 4S dengan deposit sebanyak RM1,000.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan harga runcit X70.
Li berkata pelbagai acara, di tujuh bandar utama, akan diadakan dari 19 September hingga 4 November, untuk mempromosikan kenderaan itu sebelum dilancarkan pada akhir tahun.
"Pelan kami untuk mencapai hampir 6,000 orang tetapi itu hanya sebahagian kecil daripada pembeli berpotensi yang kami sasarkan," katanya.
Sementara itu, mengenai pasaran SUV, Abdul Rashid berkata pasaran SUV tempatan masih ketinggalan berbanding pasaran serantau dan antarabangsa dari segi sumbangan SUV kepada jumlah keseluruhan industri (TIV).
Beliau berkata SUV hanya menyumbang 11 peratus daripada TIV tempatan berbanding 15 peratus di ASEAN dan 34 peratus di peringkat global.
Dalam pasaran antarabangsa, katanya SUV menyumbang 40 peratus daripada TIV di China dan Amerika Utara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 07 2018
Proton menggunakan sistem nama yang terdiri daripada huruf dan angka untuk model akan datangnya bermula dengan X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya. - Gambar fail
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.