awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton kekalkan trajektori pertumbuhan jualan 2023 pada Julai

Bernama
Bernama
03/08/2023
04:33 MYT
Proton kekalkan trajektori pertumbuhan jualan 2023 pada Julai
Roslan berkata jualan automotif di Malaysia terus kukuh bagi tahun 2023 tanpa penurunan dalam permintaan dalam empat bulan selepas tamat tempoh penghantaran kereta di bawah skim insentif Penjana. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd meneruskan trajektori pertumbuhan jualan domestik dan eksportnya pada Julai dengan 13,326 unit kenderaan dijual, mengukuh 16.1 peratus berbanding Julai tahun lepas.
Dalam satu kenyataan, pengeluar kereta nasional itu berkata angka itu telah membantu melonjakkan jualan sejak awal tahun sehingga kini (YTD) kepada 90,647 unit.
Ini juga merupakan tempoh masa yang paling singkat syarikat telah melepasi 90,000 unit sejak 2012 dan penambahan 26.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, katanya.
"Pegangan pasaran bagi bulan Julai diunjurkan pada 20.5 peratus dengan pegangan pasaran YTD kini pada 21 peratus. Pencapaian Proton adalah seiring dengan peningkatan jualan automotif dengan jumlah volum industri dianggarkan 64,864 unit untuk bulan Julai.
"Ini bersamaan dengan peningkatan 29.9 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2022, sekali gus melonjakkan angka YTD sebanyak 12.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Oleh itu, prestasi jualan Proton sehingga bulan Julai tahun ini, kini mengatasi industri sebanyak 14 peratus," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata jualan automotif di Malaysia terus kukuh bagi tahun 2023 tanpa penurunan dalam permintaan dalam empat bulan selepas tamat tempoh penghantaran kereta di bawah skim insentif Penjana.
"Pertumbuhan jualan kami adalah lebih daripada dua kali ganda daripada industri setakat ini dan ini boleh dikaitkan dengan pembeli kereta yang tertarik dengan teknologi, kualiti, keselamatan dan nilai yang ditawarkan oleh rangkaian model syarikat.
"Dengan model baharu yang akan dilancarkan dan kemasukan syarikat ke pasaran kenderaan elektrik (EV) pada tahun 2023 melalui Smart Malaysia, kami yakin dapat mencapai sasaran akhir tahun kami," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Proton
#prestasi syarikat
#jualan kereta
#Roslan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan