awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton masuk pasaran Kenya dengan Saga

Bernama
Bernama
21/08/2020
23:43 MYT
Proton masuk pasaran Kenya dengan Saga
Pesuruhjaya Tinggi Kenya ke Malaysia, Francis N. Muhoro berharap lebih banyak syarikat Malaysia seperti Proton akan menerokai peluang pelaburan di Kenya. - Gambar hiasan
Proton Holdings Bhd telah memasuki pasaran Kenya dengan kumpulan kereta pertama yang terdiri daripada 30 unit Proton Saga.
Kereta itu dihantar sebagai model pemasangan tempatan (CKD) dan akan dibina semula oleh Simba Corp, sebuah konglomerat yang mempunyai pengalaman pemasangan serta jualan dalam industri automotif.
"Proton akan tetap mengukuhkan kedudukan domestik, kami ingin dikenali sebagai pembuat kenderaan antarabangsa. Oleh itu, produk kami perlu berada di bandar lain seperti Bangkok, Islamabad, Cairo dan kini, Nairobi," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Radzaif Mohamed dalam satu kenyataan.
"Di peringkat negara, usaha ini akan meningkatkan nilai perdagangan antara Malaysia dan Kenya, serta menyumbang kepada peluang pekerjaan dalam industri automotif Kenya."
Tetamu kehormat bagi majlis pelepasan itu adalah Pesuruhjaya Tinggi Kenya ke Malaysia, Francis N. Muhoro.
Dalam ucapan beliau, Muhoro menerangkan Dasar Pandang ke Timur yang diamalkan oleh negaranya dan beliau berharap supaya lebih banyak syarikat Malaysia seperti Proton akan menerokai peluang pelaburan di Kenya.
"Malaysia dan Kenya berkongsi banyak persamaan, bermula sebagai tanah jajahan sehingga kepada usaha kami untuk membangunkan negara masing-masing.
"Proton bukan saja akan meneroka negara yang berpopulasi 51 juta orang, tetapi juga sebagai jejak pertamanya ke benua Afrika yang mempunyai pasaran berpotensi seramai 1.3 bilion orang.
"Oleh itu, saya berharap ini akan menjadi permulaan kepada lebih banyak perdagangan antara kedua-dua negara," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CKD
#Dasar Pandang ke Timur
#Francis N Muhoro
#industri automotif
#Kenya
#kereta
#kereta pertama
#Malaysia
#nilai perdagangan
#pasaran
#pelaburan
#peluang pekerjaan
#pemasangan tempatan
#Proton
#Proton Saga
#Radzaif Mohamed
#Simba Corp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan