KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) menambah pasaran antarabangsa bagi portfolio Proton Saga menerusi kemunculan pertama model terlaris syarikat berkenaan di Pakistan pada awal bulan ini.
Dalam kenyataan pada Jumaat, pengeluar kereta nasional itu berkata Proton Saga bagi pasaran Pakistan merangkumi Saga MT (manual), Saga AT (automatik) dan Saga Ace AT selain tawaran 100 unit Proton Saga R3 Edisi Terhad dengan pilihan transmisi MT atau AT.
Pada masa ini, Saga berjaya bertapak di lapan pasaran antarabangsa iaitu Brunei, Bangladesh, Mesir, Jordan, Kenya, Mauritius, Nepal dan Pakistan.
Pelancaran di Pakistan secara dalam talian itu telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke negara itu, Ikram Mohammad Ibrahim.
Ketika berucap, beliau berharap agar operasi Proton di Pakistan dapat menjadi antara platform bagi memperkukuh hubungan ekonomi antara Malaysia dan Pakistan.
Saga merupakan model kedua dijual di Pakistan dan menyusuli pelancaran Proton X70 pada Disember tahun lepas.
Setakat ini, semua kenderaan itu dihantar dalam unit CBU (pasang siap), namun rakan kongsi Proton iaitu Al-Haj Automotive akan memulakan operasi pemasangan tempatan di kilang baharunya di Karachi pada suku ketiga 2021.
Menurut kenyataan itu, dengan kapasiti dianggarkan sebanyak 25,000 unit setahun, kilang tersebut mampu meningkatkan jualan Proton dalam pasaran itu yang berpotensi untuk berkembang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Haj Automotive, Hilal Khan Afridi yakin pelanggan Pakistan akan meminati jenama Proton serta rangkaian produknya.
"Saya berterima kasih kepada warga Pakistan kerana menjadikan Proton Saga satu kejayaan pantas di negara ini. Kereta ini pasti mendapat tumpuan kerana elemen kebolehpercayaan, ketahanan dan nilainya dari segi wang," katanya selepas pelancaran tersebut.
Sejajar dengan tempoh menjelang suku kedua 2021, Proton juga berusaha meningkatkan kehadirannya pasaran antarabangsa bagi meraih matlamat jangka panjangnya.
Selain Saga yang juga model terlaris di kebanyakan pasaran, Proton X70 dan Proton X50 juga dieksport untuk mewujudkan rangkaian kenderaan pintar syarikat di luar negara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata eksport merupakan teras penting bagi Proton dan dijangka menyumbang kepada peningkatan peratusan jumlah jualan pada tahun-tahun akan datang.
"Selain mempromosikan ciri-ciri produk tersebut, kami juga memanfaatkan reputasi kualiti sektor pembuatan Malaysia yang memberi kredibiliti terhadap produk itu sendiri.
"Bagi 2021, selain meninjau peluang baharu, kami juga akan meningkatkan usaha untuk memasuki kembali pasaran besar ASEAN seperti Thailand dan Indonesia," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 09 2021
Pelancaran di Pakistan secara dalam talian itu telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke negara itu, Ikram Mohammad Ibrahim. - Facebook Proton Pakistan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.
Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).
Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.
Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.
Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai
Proton mencatatkan satu lagi pencapaian pada Julai dengan penjualan Proton X50 yang dipertingkatkan sebanyak 2,585 unit.
Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia
Syarikat automotif nasional itu menjelaskan Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.
Proton lancar fasiliti tambahan baharu bernilai RM253 juta di Tanjong Malim
Pengeluar kereta nasional Proton baru-baru ini melancarkan projek penambahan fasiliti 'stamping' bernilai RM253 juta di Tanjong Malim, yang dikenali sebagai stamping E dan F.