Penyeragaman Kadar Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 adalah bagi mewujudkan persaingan seimbang antara semua pengendali penerbangan di dua terminal berkenaan.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata, penyeragaman itu membolehkan Malaysia berada selari dengan garis panduan antarabangsa termasuk prinsip penetapan harga tidak mendiskriminasi di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Sebagai contoh, bagi PSC domestik, kadar sama dikenakan di Lapangan Terbang Lahad Datu dan di KLIA tanpa mengira perbezaan kemudahan. Kadar PSC antarabangsa juga begitu, Lapangan Terbang Pulau Pinang mempunyai PSC sama dengan KLIA.
"Ia hanya berbeza dengan klia2 di mana PSC adalah lebih rendah berbanding lapangan terbang antarabangsa lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sejak Januari 2017, kadar PSC diseragamkan kepada semua lapangan terbang pada RM73 bagi penerbangan antarabangsa tidak termasuk ASEAN; RM35 untuk ASEAN, dan RM11 bagi domestik.
Namun kadar PSC antarabangsa bukan ASEAN di klia2 ditetapkan pada RM50.
"Malaysia Airports merupakan pengendali utama rangkaian 39 lapangan terbang seluruh Malaysia termasuk 16 lapangan terbang domestik dan 18 landasan pelepasan dan pendaratan pendek (STOLports) berdasarkan model subsidi bersilang.
"Sistem ini membolehkan Malaysia Airports mengendalikan lapangan terbang di kawasan yang tidak menguntungkan dan menyediakan sambungan perjalanan.
"Model ini terpakai kepada semua caj aeronautikal termasuk pendaratan dan caj parkir pesawat," kata MAHB.
MAHB turut menegaskan PSC tidak dikenakan berdasarkan kos pembangunan lapangan terbang.
"Negara lain melaksakan cah penumpang bagi pembangunan lapangan terbang selain pelaksanaan PSC, namun Malaysia tidak. Kadar PSC kita kekal terendah di rantau ini dan di dunia," tambahnya.
MAHB juga menegaskan klia2 bukan terminal tambang rendah, sebaliknya ia dibina bagi memenuhi kapasiti yang diramal berkembang pesat di masa hadapan.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyelar tindakan penyeragaman kadar PSC tersebut dan menegaskan Malaysia amat memerlukan caj PSC untuk penerbangan tambang rendah.
Najib Aroff
Mon Dec 18 2017
Penyeragaman PSC membolehkan Malaysia berada selari dengan garis panduan antarabangsa - Astro AWANI/Fail
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.