GEORGE TOWN: Pulau Pinang mencatatkan peningkatan sebanyak 35 peratus dalam penglibatan wanita muda yang menyertai bidang keusahawanan.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Abdul Halim Hussain berkata peratusan itu mula meningkat sejak setahun lepas apabila sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula secara berperingkat.
Katanya pihaknya juga tidak menolak kemungkinan bahawa peningkatan peratusan itu turut dipengaruhi oleh individu yang mula menjalankan perniagaan selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
"Walaupun begitu, terdapat sesetengah usahawan wanita muda kita yang berjaya mengekalkan momentum perniagaan dengan baik.
"Namun, ada sebahagian daripadanya yang sedang bergelut setelah melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita melihat terdapat peningkatan penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan.
"Pada masa ini, kerajaan negeri giat mengumpulkan data daripada agensi kebangsaan dan negeri untuk mengkaji bentuk langkah atau bantuan seterusnya untuk membantu mereka (usahawan) pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pembukaan rasmi PUMM Entrepreneurs Home di sini semalam.
Katanya antara langkah terawal yang akan diambil oleh kerajaan negeri pada tahun depan ialah menggalakkan usahawan baharu terutamanya usahawan muda untuk menyertai persatuan perniagaan berikutan peratusan anak muda menyertai persatuan tersebut amat rendah.
Abdul Halim berkata jika menyertai persatuan perniagaan tertentu, mereka akan mendapat lebih banyak tunjuk ajar dari segi proses membuka perniagaan, ilmu perdagangan dalam talian selain dapat menyuarakan pendapat atau isu sebagai sebuah komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Antara langkah terawal yang akan diambil kerajaan negeri Pulau Pinang tahun depan ialah menggalakkan usahawan baharu menyertai persatuan perniagaan. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.
China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Ahmad Zahid rasmi RisSMart24, platform pasar produk usahawan bimbingan RISDA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan kedai serbaneka RisSMart24, entiti perniagaan sektor peruncitan di bawah pengoperasian Kumpulan RISDA Holdings.
Lebih 60 perniagaan, usahawan Bumiputera terima pengiktirafan BBEA 2024
Program itu berdiri sebagai sistem sokongan penting untuk keusahawanan Bumiputera.
LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Lembaga Pertubuhan Peladang berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan dijangka dibentang tahun depan - MOF
Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Tema APEC 2024 selaras dengan tema 'Keterangkuman dan Kelestarian' ASEAN 2025
Tema AELW 2024, "Empower, Include, Grow", selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.