awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pungutan suara Brexit tidak akan jejaskan syarikat, unit - YTL Power

Bernama
Bernama
28/06/2016
14:13 MYT
Pungutan suara Brexit tidak akan jejaskan syarikat, unit - YTL Power
Menurut YTL Power, ia memantau keadaan itu dan melaksanakan penilaian berterusan bagi sebarang kesan operasi dan kewangan, dan akan membuat pengumuman lanjut pada masa yang sesuai apabila diperlukan. -
Pungutan suara Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU), Brexit, tidak akan menjejaskan YTL Power International Bhd dan unitnya memandangkan perkara berkenaan masih di peringkat awal.
Selain itu, masih tiada petunjuk rasmi dari kerajaan United Kingdom (UK) mengenai langkah seterusnya yang akan diambil susulan pungutan suara tersebut.
Menurut YTL Power dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, dalam keadaan tidak menentu dan situasi semasa yang boleh berubah dengan mudah, ia tidak mampu untuk menilai kesan Brexit terhadap syarikat itu pada ketika ini.
Operasi utama syarikat di UK terdiri daripada keseluruhan pegangannya dalam Wessex Water Ltd, yang menyediakan perkhidmatan air dan pembetungan di wilayah barat daya England di bawah konsesi kawal selia yang diberikan kerajaan UK.
"Wessex Water, disebabkan perniagaan itu bersifat terkawal dan operasi berdasarkan tumpuan geografi dalam lingkungan UK, dijangka tidak terjejas dengan ketara susulan hasil pungutan suara berkenaan," menurutnya.
Menurut YTL Power, ia memantau keadaan itu dan melaksanakan penilaian berterusan bagi sebarang kesan operasi dan kewangan, dan akan membuat pengumuman lanjut pada masa yang sesuai apabila diperlukan.
Topic Berkaitan
#Brexit
#Pungutan suara Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU)
#tidak akan menjejaskan YTL Power International Bhd dan unitnya memandangkan perkara berkenaan masih di peringkat awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan