awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia beroperasi 1 Dis - MIDA

Bernama
Bernama
24/11/2023
22:40 MYT
Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia beroperasi 1 Dis - MIDA
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia atau Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC) akan mula beroperasi pada 1 Disember depan. - Foto Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia atau Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC) akan mula beroperasi pada 1 Disember depan.
IMFC ditubuhkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merupakan pusat sehenti bagi hal-hal berkaitan pelaburan yang terletak di ibu pejabat MIDA bertujuan memudah cara urusan komuniti perniagaan dan para pelabur dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di pelbagai peringkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Penubuhannya juga bertujuan mempercepatkan pelbagai proses kelulusan termasuk memberi khidmat rundingan serta nasihat kepada komuniti perniagaan dan para pelabur, sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi dalam penyampaian perkhidmatan awam, kata MIDA dalam satu kenyataan sempena lawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ke IMFC, pada Jumaat.
"Penubuhan IMFC secara fizikal adalah bukti komitmen berterusan kerajaan dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
"Selain daripada berperanan mencapai matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, IMFC juga bakal menyumbang kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan mesra pelabur dan mesra perniagaan yang terunggul di rantau ini," kata Tengku Zafrul.
Beliau turut yakin IMFC mampu menawarkan nilai tambah yang penting bagi komunitiperniagaan dan para pelabur untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman berkata menerusi IMFC, Malaysia dapat memperkukuhkan lagi hubungan dengan para pelabur asing dan tempatan, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan sektor perkilangan dan perkhidmatan yang lebih cemerlang.
"Inovasi bukan hanya terletak pada penambahbaikan produk atau teknologi, tetapi juga dalam penyampaian perkhidmatan.
"IMFC ialah gerbang utama kepada bakal pelabur dan komuniti perniagaan sedia ada untukmendapatkan sokongan dan kemudahan khusus yang menyeluruh daripada kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang berkaitan," jelasnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIDA
#IMFC
#Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
#Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan