'Putera Raja Arab' jadi saksi kepada SPRM

Sinar Harian
Mei 22, 2018 13:46 MYT
Menurut Mohd Shukri, dalam amalan prosedur operasi standard (SOP), SPRM akan mengenal pasti individu sebagai saksi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan bahawa ada individu yang memperkenalkan ‘Putera Raja Arab’ sebagai saksi kepada suruhanjaya itu.
Menurutnya, dalam amalan prosedur operasi standard (SOP), SPRM akan mengenal pasti individu sebagai saksi.
“Tetapi dalam kes ini, seseorang telah memperkenalkan ‘Putera Diraja Arab’ kepada kami yang didakwa sebagai penderma RM2.6 bilion kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
Menurutnya, ketika pasukan penyiasat berjumpa, putera berkenaan mengakui dakwaan itu.
“Namun apabila diminta dokumen sokongan, beliau tidak dapat kemukakannya,” katanya.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Mohd Shukri Abdull #Najib Razak #Putera Diraja Arab #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia