Putrajaya memulakan ujian trem tanpa landasan

Amanz
Februari 2, 2024 01:00 MYT
Anda yang berminat untuk mencuba pengangkutan alternatif baharu, boleh menaiki trem tanpa landasan ini di Hentian Bas Istana Kehakiman di Presint 3, Putrajaya. - Foto Amanz
PERBADANAN Putrajaya kini telah pun memulakan ujian pengangkutan awam baharu dalam bentuk trem tanpa landasan di Putrajaya, bermula semalam.
Bersempena dengan Hari Terbuka Putrajaya yang diadakan, trem ini boleh dinaiki secara percuma sehingga 4 Februari 2024 ini.
Dengan penawaran trem ini, ia sekali gus akan memberikan mod pengangkutan alternatif kepada penduduk setempat, mahupun kepada mereka yang berkunjung ke Putrajaya.
Bagi anda yang berhasrat untuk mencubanya, boleh menaiki trem ini di Hentian Bas Istana Kehakiman (Berhadapan Family Mart) di Presint 3, Putrajaya.
Ujian trem tanpa landasan ini akan dilaksanakan di Putrajaya sehingga 31 Disember 2024 kelak.
#Putrajaya #pengangkutan awam #trem tanpa landasan #Hari Terbuka Putrajaya