awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafiza Ghazali letak jawatan CEO Cradle

Dagang News
Dagang News
24/05/2022
01:15 MYT
Rafiza Ghazali letak jawatan CEO Cradle
Rafiza telah memainkan peranan penting dalam meluaskan mandat bagi Cradle yang telah melangkau sekadar pemberian geran, kepada peranan terkini sebagai peneraju ekosistem 'start-up' melalui Strategi MYStartup. - DagangNews
KUALA LUMPUR: Barisan Lembaga Pengarah Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) mengumumkan bahawa Rafiza Ghazali akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 31 Mei 2022.
Sementara itu, pihak Lembaga Pengarah telah melantik Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke sebagai Pemangku. Pelantikan itu berkuat kuasa 1 Jun 2022 sehingga penggantian tetap disahkan.
Rafiza telah memainkan peranan penting dalam meluaskan mandat bagi Cradle yang telah melangkau sekadar pemberian geran, kepada peranan terkini sebagai peneraju ekosistem 'start-up' melalui Strategi MYStartup.
Sepanjang perkhidmatannya, Cradle telah dilantik sebagai ‘focal point’ untuk Ekosistem Start-up Malaysia dan sebagai agensi penyelaras untuk Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up Malaysia 2021-2030 (SUPER).
Dengan sokongan Kementerian Kewangan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), pihak Lembaga Pengarah kini menjalankan proses semakan dan penilaian yang teliti untuk mengenalpasti pengganti yang terbaik bagi Rafiza.
Pelantikan baharu akan diumumkan setelah keputusan dan kelulusan yang sewajarnya telah diperolehi.
Pengerusi, Cradle, Datuk Yvonne Chia berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya, Rafiza telah bekerja dengan efektif dengan semua pemegang berkepentingan utama dan menunjukkan keupayaannya dalam meletakkan Cradle untuk memainkan peranan kepimpinan dalam Ekosistem Start-up Malaysia.
“Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Rafiza di atas sumbangan beliau kepada Cradle dan komuniti 'start-up'.
"Di atas kapasiti individu, Rafiza juga telah menetapkan tanda aras bagi penyertaan wanita memegang jawatan kanan dalam arena digital dan start-up. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Rafiza dalam perancangan masa hadapan beliau," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, Lembaga Pengarah akan terus bekerjasama rapat dengan Norman dan Pengurusan Kanan di Cradle untuk memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan dengan lancar. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Rafiza Ghazali
#Cradle
#letak jawatan
#Ketua Pegawai Eksekutif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan