awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rais Husin dilantik CEO MRANTI baharu

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
08/10/2023
11:28 MYT
Rais Husin dilantik CEO MRANTI baharu
Pelantikan Rais Hussin Mohamed Ariff sebagai CEO MRANTI berkuat kuasa 9 Oktober 2023. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) mengumumkan pelantikan Datuk Wira Dr Rais Hussin Mohamed Ariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI yang baharu.
Lantikan berkuat kuasa 9 Oktober 2023.
Rais akan mengambil alih daripada bekas CEO, Dzuleira Abu Bakar yang kini menjadi CEO syarikat penerbangan terbaharu negara - SKS Airways.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Komersial, Khairil Anuar Sadat memegang jawantan pemangku CEO MRANTI selepas Dzuleira meninggalkan syarikat itu.
Rais pernah menjadi Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd selama tiga tahun bermula 2020. Sebelum itu, beliau mempunyai pengalaman dalam pelbagai jawatan termasuk di dalam sektor telekomunikasi.
“Kami berbesar hati mengalu-alukan Datuk Wira Dr Rais sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau berpengalaman luas dan mempunyai pemahaman yang mendalam tentang teknologi dan inovasi,” kata Pengerusi MRANTI, Prof Rofina Yasmin Othman dalam kenyataan hari ini.
MRANTI adalah sebuah agensi pengkomersialan penyelidikan dan inovasi (R&D) di bawah kendalian Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI).
Topic Berkaitan
#Rais Husin
#dzuleira
#MRANTI
#pelantikan
#CEO MRANTI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan