awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump buat 'u-turn', kali ini Presiden AS puji tentera UK selepas cetus kemarahan isu Afghanistan
Trump tidak akan hadiri Super Bowl kerana lokasi ‘terlalu jauh’ - Laporan
Kestabilan politik dorong BN menang bergaya di Kinabatangan, Lamag - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RAM semak menaik unjuran KDNK Malaysia bagi 2017 kepada 5.2 peratus

Bernama
Bernama
22/06/2017
06:54 MYT
RAM semak menaik unjuran KDNK Malaysia bagi  2017 kepada  5.2 peratus
Agensi penarafan berkenaan berkata semakan semula itu dibuat selepas prestasi pertumbuhan lebih baik daripada jangkaan pada 5.6 peratus semasa suku pertama.
RAM Rating Services Bhd menyemak naik unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia kepada 5.2 peratus tahun ini daripada unjuran awal sebanyak 4.5 peratus.
Dalam satu kenyataan hari ini, agensi penarafan berkenaan berkata semakan semula itu dibuat selepas prestasi pertumbuhan lebih baik daripada jangkaan pada 5.6 peratus semasa suku pertama, setelah momentum pemulihan ekonomi mula menunjukkan kemampanan.
"Kebanyakan peningkatan ini berpunca daripada pemulihan positif dalam sentimen perniagaan, yang menjadikan pembinaan kapasiti yang lebih produktif dalam bentuk pelaburan jentera dan peralatan," katanya.
Ia menambah yang pemulihan ketara dalam permintaan luar juga menyokong pertumbuhan kukuh dan menjadi pemacu utama keyakinan perniagaan yang lebih tinggi yang dipamerkan oleh firma berorientasikan eksport, seiring dengan hasil penemuan Indeks Keyakinan Perniagaan RAM.
Sementara itu, RAM Rating Services turut menaikkan unjuran inflasi bagi tahun ini kepada 3.8 peratus daripada 3.0 peratus pada asalnya, berdasarkan kepada momentum pemulihan harga minyak yang lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama.
Terdapat juga kemungkinan kenaikan 25 mata asas dalam kadar dasar semalaman pada akhir tahun ini, katanya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#harga minyak
#KDNK
#Malaysia
#minyak
#pelaburan
#RAM Rating Services Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan