Reddit dibayar AS$60 juta setahun benarkan data pengguna diguna untuk latih AI

Amanz
Februari 19, 2024 03:40 MYT
Minggu lalu, Reddit dilapor membenarkan sebuah syarikat yang dirahsiakan menggunakan data penggunanya untuk melatih model AI. - Foto Amanz
SEKIRANYA sesuatu perkhidmatan itu boleh digunakan secara percuma, ia sebenarnya dibayar menggunakan data peribadi pengguna.
Ini ialah modus operandi Google, Meta, YouTube dan pelbagai lagi perkhidmatan 'percuma' yang boleh digunakan sekarang.
Minggu lalu muncul laporan Reddit membenarkan sebuah syarikat yang dirahsiakan menggunakan data pengguna mereka untuk melatih model AI.
Reddit akan dibayar $60 juta (~RM287 juta) setahun dengan perjanjian ini akan diperbaharui secara tahunan.
Dengan data pengguna yang terkumpul sejak 2005, ia adalah sumber yang cukup bernilai bagi syarikat yang ingin melatih model AI mereka di masa hadapan.
Isu yang dihadapi pelbagai syarikat AI pada waktu ini ialah kes saman kerana data didakwa dilatih menggunakan karya yang tidak meminta kebenaran atau pampasan daripada IP.
Pengguna media sosial seperti Reddit sudahpun mempersetujui segala teks yang diterbitkan di laman adalah milik Reddit.
SUMBER Bloomberg
#Reddit #data peribadi pengguna #syarikat AI #saman