Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menjangkakan sedikit penjimatan dalam kos pembangunan susulan langkah kerajaan mengecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap bahan binaan asas dan perkhidmatan pembangunan bagi mengurangkan harga rumah.
"Kami menjangka penjimatan antara 2.5 hingga 5.0 peratus, bergantung kepada jenis pembangunan.
"Namun ia hanya akan terpakai kepada projek-projek baharu sahaja kerana harga bagi projek semasa era Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dipersetujui kontraktor dan sedang berada di beberapa peringkat untuk disiapkan," kata Presidennya Datuk Ir Soam Heng Choon dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, selain diskaun dan rebat lain yang ditawarkan kebanyakan pemaju berikutan pasaran yang lemah bagi pelancaran baharu, pembeli rumah berharap mendapat sekurang-kurangnya harga lima peratus lebih rendah bergantung kepada lokasi dan jenis produk.
Dalam satu kenyataan berasingan portal hartanah dalam talian, PropertyGuru Malaysia mencadangkan lebih banyak organisasi meningkatkan dan memperkasakan rakyat Malaysia menerusi kemudahan semakan kredit yang lebih mudah untuk menilai nisbah khidmat hutang (DSR) dan Jumlah Gadaian Yang Layak.
Ia berkata semakan tersebut seharusnya diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.
PropertyGuru turut mencadangkan agar kerajaan membuka lebih banyak tanah rizabnya untuk pembangunan yang mana kesemua jualan tanah dibuat menerusi tender terbuka, dan mencontohi amalan terbaik berkaitan ambang yang lebih rendah bagi jualan en-blok dan menggalakkan pembangunan semula bangunan lama dan aset-aset bagi rumah mampu milik.
"Kadar faedah bagi pinjaman perumahan juga perlu disemak semula. Kami menyarankan pengurangan 0.5 hingga 1.0 peratus daripada kadar faedah untuk pemilik rumah kali pertama dengan julat harga tertentu serta pengurangan kos pendahuluan meliputi yuran guaman dan duti setem," kata portal hartanah itu.
Sementara itu, PropertyGuru menggesa organisasi dan syarikat senaraian awam memperkenalkan skim perkongsian keuntungan dan menyediakan insentif seperti pinjaman perumahan dan pembiayaan wang pendahuluan untuk membantu pekerja memiliki rumah.
Ia turut mencadangkan rumah dibina sebagai rumah separa binaan yang membolehkan fleksibiliti dalam menyesuaikan penggunaan ruang dan susun atur selain menyumbang kepada kos pembinaan yang lebih rendah serta menjimatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 29 2018

PropertyGuru menggesa organisasi dan syarikat senaraian awam memperkenalkan skim perkongsian keuntungan dan insentif bagi membantu pekerja memiliki rumah. - Gambar hiasan

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

Lebih 81 hektar hutan terbakar di Thailand
Ratusan anggota bomba dan askar di Thailand sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan yang terletak kurang 100 kilometer (km) dari ibu negara, Bangkok.

Biden ikrar akan beri bantuan sehingga pulih
Presiden Joe Biden berikrar bahawa Kerajaan Persekutuan akan memastikan kawasan yang musnah akibat puting beliung kembali pulih.

Ribut pasir melanda Baghdad
Ribut pasir yang kuat melanda Baghdad, iraq pada Jumaat, mengurangkan jarak penglihatan bagi penduduk yang tinggal di ibu kota.

Tze Yong mahu cipta 'magis' di Dubai
Beliau sedia berdepan segala kemungkinan untuk menawan BAC 2023 selepas penampilan pertama di Filipina tahun lalu tidak berhasil.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Ecuador guna dadah kokain sebagai bahan binaan
Setakat ini kira-kira 350 tan kokain hancur dan pes koka yang dirampas antara 2021 dan 2022 telah digunakan.

'Formwork' aluminium hempap kereta: CIDB arah henti kerja pembinaan
CIDB mengeluarkan notis pemberhentian kerja pembinaan di Jalan Ampang susulan insiden 'formwork' aluminium jatuh menghempap sebuah kenderaan awam hari ini.

Harga bahan binaan terus catat penurunan, MIDF Research positif dengan sektor pembinaan
Walaupun harga bahan binaan masih kekal tinggi, tetapi ia memperlihatkan trend penurunan sejak beberapa bulan lalu.

Kos bahan binaan bangunan tanpa dan termasuk bar keluli naik 0.3-24.2 peratus
Indeks kos binaan di Semenanjung Malaysia meningkat 5.5-18.8 peratus, Sabah (0.3-15.5 peratus) manakala Sarawak (5.6-24.4 peratus).

Kerajaan umum tambah 11 lagi bahan binaan dalam senarai VOP - PM
Kerajaan menambah 11 lagi bahan binaan dalam pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan.

Kerajaan bincang atasi masalah kontraktor Melayu - Mustapa
Kerajaan sedang dalam proses menyelesaikan masalah hampir 50,000 kontraktor Melayu yang terpaksa 'gulung tikar' kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor.

AmInvestment jangka harga bahan binaan kekal tinggi akibat konflik berterusan Rusia-Ukraine
Harga bar keluli meningkat 11 peratus kepada RM3,450 satu tan pada Mei 2022 berbanding RM3,100 satu tan pada Mei 2021.

Kenaikan harga bahan binaan tidak jejas kos pembinaan Lebuhraya Pan Borneo - Fadillah
Kenaikan harga bahan binaan tidak mempengaruhi kos keseluruhan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB).

MBAM minta kerajaan campur tangan atasi kenaikan mendadak harga bahan binaan
Perbezaan antara harga sebenar yang ditender dan harga semasa sebenar ini perlu diperbetulkan, kata MBAM.

Harga kos bahan binaan terus meningkat pada Mac 2022
Hampir kesemua bahan binaan, seperti simen, keluli, pasir, bata, bumbung dan bahan siling, meningkat pada bulan tersebut.