Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards

Restoran Rezeky Tomyam 1 di Port Dickson, antara lapan cawangan yang melanggan pakej premium Astro BizOne.
PORT DICKSON: Langkah berani pemilik Restoran Rezeky Tomyam melanggan pakej Astro BizOne dan Astro BizFibre di kesemua lapan cawangan akhirnya membuahkan hasil apabila rangkaian restoran itu dinobatkan sebagai Pemenang Utama Pertama Kempen BizOne Rewards.
Ringkasan AI
- Restoran Rezeky Tomyam menang Pemenang Utama Pertama Kempen BizOne Rewards selepas melanggan pakej Astro BizOne dan Astro BizFibre di semua cawangan.
- Kemenangan membawa manfaat promosi melalui platform Astro termasuk liputan berita di Buletin AWANI, iklan radio, dan tayangan langsung acara sukan.
- Pemilik restoran, Maliki Muhammad, berterima kasih atas pengiktirafan tersebut yang membantu meningkatkan penjenamaan dan jualan restoran.

Antara pelanggan Rezeky Tomyam menerima hadiah istimewa sempena acara ‘BizOne Watch Party’ bersama AstroBiz.
Antara ganjaran promosi yang diterima termasuk liputan berita di Buletin AWANI, iklan radio, segmen khas Borak Seeni, ulasan makanan atau ‘Food Review’ serta tayangan langsung acara sukan atau penganjuran ‘watch party’, yang memberikan pendedahan lebih meluas kepada jenama berkenaan.
Pemilik bersama Restoran Rezeky Tomyam, Maliki Muhammad, berkata pengiktirafan itu menjadi peluang besar buat perniagaannya untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi.
“Kami sangat terharu dan gembira kerana terpilih sebagai Pemenang Utama Kempen BizOne Rewards. Kami sendiri tidak menyangka akan menerima anugerah utama ini.

Acara ‘BizOne Watch Party’ di Rezeky Tomyam menarik peminat bola sepak untuk berkumpul sambil menikmati hidangan.
“Ini merupakan peluang besar buat kami kerana sebelum ini kami tidak pernah menganjurkan acara ‘watch party’ berskala seperti ini.
"Sokongan promosi yang diberikan sangat bermakna dalam membantu memperkenalkan jenama Rezeky Tomyam kepada lebih ramai pelanggan,” katanya.
Beliau memaklumkan bahawa semua lapan cawangan Rezeky Tomyam mula melanggan pakej Astro BizOne dan Astro BizFibre kira‑kira tiga bulan lalu, selepas didekati pihak Astro, satu langkah yang kemudiannya membawa perubahan ketara kepada operasi harian restoran.
Menurutnya, premis perniagaan kini semakin menjadi tumpuan pelanggan, khususnya peminat bola sepak, terutamanya ketika musim perlawanan berlangsung, sekali gus meningkatkan kehadiran pelanggan ke restoran.
Ditubuhkan lapan tahun lalu, Rezeky Tomyam telah berkembang daripada sebuah cawangan kecil kepada rangkaian restoran yang semakin dikenali, meskipun berdepan persaingan sengit dalam sektor makanan dan minuman di kawasan tumpuan pelancong seperti Port Dickson.
Antara menu utama yang terus menjadi tarikan pelanggan termasuk Nasi Dagang, Nasi Kerabu, hidangan laut bersambal, serta kuih Akok, kuih tradisional popular dari Pantai Timur.

Sambutan hangat acara ‘BizOne Watch Party’ di Rezeky Tomyam 1 membuktikan keberkesanan promosi Astro BizOne.
Sementara itu, pelanggan tetap Rezeky Tomyam, Ali Baba, 45, yang juga anggota tentera di Port Dickson, berkata restoran berkenaan menjadi pilihannya kerana beroperasi 24 jam dan menawarkan pelbagai pilihan menu.
“Saya kerap datang ke sini kerana kedainya beroperasi 24 jam, makanannya sedap dan pilihannya banyak. Suasananya juga lebih menarik apabila ada siaran Astro,” katanya.
Beliau menambah bahawa kemudahan parkir yang mudah serta tayangan perlawanan bola sepak menjadikan restoran tersebut lokasi pilihan beliau dan rakan‑rakannya, terutamanya pada waktu malam.
Dalam perkembangan sama, Penolong Naib Presiden Jualan AstroBiz, Sam Chin, berkata penganjuran Kempen Astro BizOne Rewards bertujuan mempromosikan penjenamaan, kandungan dan program Astro kepada masyarakat, khususnya komuniti setempat di premis pelanggan.
“Menerusi program BizOne Rewards, kami dapat membantu peniaga menarik lebih ramai pelanggan ke premis mereka melalui pelbagai aktiviti promosi yang disediakan.
"Maklum balas yang diterima amat positif dan ini membuktikan bahawa Astro BizOne Rewards merupakan platform yang berkesan dalam menyokong pertumbuhan perniagaan makanan usahawan tempatan,” katanya.
Beliau turut menggalakkan pengusaha yang masih belum melanggan pakej Astro BizOne supaya merebut peluang ini, sambil merakamkan penghargaan kepada komuniti dan pelanggan atas sokongan berterusan mereka terhadap Astro.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: API Error: HTTP 429 - { "error": { "message": "Rate limit reached for gpt-3.5-turbo in organization org-VwAUm9RUwIcQ27J9pn5QZHoc on requests per min (RPM): Limit 3, Used 3, Requested 1. Please try again in 20s. Visit https://platform.openai.com/account/rate-limits to learn more. You can increase your rate limit by adding a payment method to your account at https://platform.openai.com/account/billing.", "type": "requests", "param": null, "code": "rate_limit_exceeded" }} A:

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

