awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RHB Banking Group lantik Ahmad Badri sebagai pengerusi

Bernama
Bernama
24/03/2021
20:31 MYT
RHB Banking Group lantik Ahmad Badri sebagai pengerusi
RHB Banking Group melantik Tan Sri Ahmad Badri Mohamad Zahir sebagai pengerusinya berkuat kuasa pada Rabu.
KUALA LUMPUR: RHB Banking Group melantik Tan Sri Ahmad Badri Mohamad Zahir sebagai pengerusinya berkuat kuasa pada Rabu.
Ahmad Badri, yang juga merupakan pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menggantikan Tan Sri Azlan Zainol yang bersara sebagai pengerusi kumpulan selepas bersama bank itu sejak 2005.
RHB Bank Bhd dalam satu kenyataan berkata Ahmad Badri dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif dan timbalan pengerusinya pada 16 Nov, 2020.
Beliau sebelum ini merupakan ahli lembaga pengarah Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Permodalan Nasional Bhd dan Tenaga Nasional Bhd.
Beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam Kementerian Kewangan selama hampir 30 tahun, dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, kata bank itu.
Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, Ahmad Badri membawa perspektif baharu serta pelbagai pengetahuan dan pengalaman luasnya kepada kumpulan itu.
"Kami mengharapkan kepada kepimpinan dan kebijaksanaan beliau ketika kami terus berdepan cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19 dan menyasarkan pertumbuhan berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RHB Banking Group
#bank
#Bank Negara Malaysia
#pandemik
#COVID-19
#Ahmad Badri Mohamad Zahir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan