BISNES
Richworks Academy bakal anjur program 10X Bina Bisnes Berjaya di Sabah

Program RichWorks Academy 10X SME Bina Bisnes Berjaya Road To Your 1st Million or 10 Million yang bakal menggegarkan Sabah, 28 Jun ini di lokasi dan masa seperti yang tertera. - Foto RichWorks
KUALA LUMPUR: Program RichWorks Academy 10X SME Bina Bisnes Berjaya Road To Your 1st Million or 10 Million akan berlangsung di the Klagan Regency, Kota Kinabalu, Sabah 28 Jun akan datang.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks Academy Sdn Bhd, Prof. Datuk Dr. Azizan Osman, ini merupakan kemunculan semula selepas 8 tahun tidak mengadakan sebarang program di negeri itu.
Katanya, program tersebut diadakan khusus untuk usahawan di Sabah, Sarawak dan Brunei yang berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan namun, belum mencapai sasaran maksimal.
“Kita melihat kita mempunyai banyak permintaan daripada Sabah di mana pengasas syarikat, pemilik-pemilik perniagaan menghantar mesej ke sosial media kami.“Kebanyakan mereka menyuarakan tentang cabaran berniaga, jadi Richworks melihat ini sebagai satu satu cara untuk kita bantu mereka.
“Jadi kita adakan sesi khas bersama para usahawan ni, terutama di Sabah,” ujarnya ketika melancarkan Transformasi360 - Bangkit Dalam Badai di Astro pada Isnin.
Tambahnya, menerusi program ini, peserta dapat mendengar perkongsian kisah usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mencapai pendapatan mencecah RM 1 juta ke RM 10 juta.
Sorotan program adalah seperti berikut:
- Formula L.U.C.K, Pelan capai jualan RM1 juta ke RM10 juta
- Rangka strategi pemasaran terkini
- Formula L.U.C.K
- Asas kepimpinan & persediaan ke hadapi cabaran 2025
- Pemasaran generative AI & peranan media arus perdana
“10X SME Bina Bisnes Berjaya Road To Your 1st Million or 10 Million adalah satu platform atau program dengan matlamat untuk memberikan solusi ataupun strategi sebab kebanyakkan orang meniaga ni asalnya mereka tidak tahu bagaimana nak mulakan, kembangkan, bertahan atau uruskan cabaran perniagaan.
“Kami di sini ingin memberi solusi praktikal dan bukan teori semata-mata untuk mengembangkan bisnes kecil kepada jenama yang berdaya saing, mampan dan mampu hasilkan hasil jualan jutaan ringgit," ujarnya.
RichWorks mengalu-alukan peserta yang bersedia untuk dibentuk di bawah bimbingan mentor usahawan bertaraf dunia.
Peserta yang berminat boleh mendaftar di www.binabisnesberjaya.com bagi merebut peluang promosi tiket bernilai RM99 sahaja.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami