BISNES
RichWorks X, Astro lancar Misi Bina SME360, bantu usahawan secara percuma
Azizan menasihati usahawan agar tidak berputus asa apabila berdepan tekanan atau cabaran perniagaan. - Gambar/ Astro AWANI
SHAH ALAM: RichWorks X dengan kerjasama Astro melancarkan misi Bina SME2026: Edisi Usahawan Bangkit 2026, satu inisiatif untuk membantu 10,000 usahawan tempatan bangkit melalui sesi latihan dan bimbingan perniagaan secara percuma.
Pengasas RichWorks X, Prof Datuk Azizan Osman, berkata inisiatif itu dilancarkan susulan pemerhatiannya terhadap trend kejatuhan perniagaan sejak 2025, termasuk penutupan operasi dan pertukaran model perniagaan dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
“Kita melihat tahun 2025 banyak usahawan PMKS berdepan cabaran—ada yang tutup, ada yang tukar bisnes.
“Sebab itu saya lihat 2026 akan lebih mencabar. Jadi, RichWorks X bersama Astro mengambil keputusan untuk membantu mereka bangkit.
"Inilah misi penting untuk benar-benar membimbing usahawan di luar sana,” katanya kepada Astro AWANI di Shah Alam, hari ini.
Menurut beliau, beberapa faktor dikenal pasti mendorong kepada trend penurunan tersebut, antaranya perubahan dalam persaingan pasaran serta kemasukan syarikat luar negara.
“Pertama, perubahan market competition kerana hari ini terlalu mudah untuk sesiapa memulakan perniagaan.
“Kedua, kemasukan banyak syarikat luar negara terutamanya dari China yang menggunakan platform mereka untuk menjual produk menyerupai PMKS tempatan (yang mana) ada yang ditiru sepenuhnya atau ditukar jenama dan dijual pada harga jauh lebih murah,” jelasnya.
Sehubungan itu, katanya menerusi Bina SME2026 , strategi baharu akan diperkenalkan bagi memastikan trend sama tidak berulang.
Katanya, antara fokus utama ialah, memahami potensi pasaran, memahami potensi produk atau perkhidmatan serta menentukan model perniagaan yang tepat.
“Setiap bisnes ada model berbeza. Peniaga sambal tidak sama dengan bisnes fusion, klinik perubatan tidak sama dengan syarikat kejuruteraan. Apa yang penting ialah memahami pasaran, produk dan memilih model yang tepat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azizan menasihati usahawan agar tidak berputus asa apabila berdepan tekanan atau cabaran perniagaan.
“Jika anda merasa tertekan, jangan kekal dalam keadaan itu. Minta bantuan. Kami mahu membantu, dan sesi ini adalah percuma.
"Harapnya ia memberi nilai dan membantu mereka melihat bagaimana untuk terus bertahan dan berkembang pada 2026,” tambahnya.
Penyertaan untuk misi Bina SMES2026 kini dibuka kepada 1,000 usahawan pertama dari seluruh Malaysia, Brunei, Singapura, dan Indonesia menerusi sme360.my/awani.
Program ini akan berlangsung secara virtual (dalam talian) dari 1 hingga 3 Disember 2026, dan penyertaan adalah 100% percuma.