BISNES

Ringgit cecah RM4.16, muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia - PM Anwar

Bernama 11/11/2025 | 04:48 MYT
Anwar berkata prestasi ringgit itu dapat dicapai walaupun kerajaan sebelum ini dikecam apabila mata wang domestik mengalami penyusutan berbanding dolar AS. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit kini didagangkan pada RM4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sekali gus muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ringkasan AI
  • Ringgit didagangkan pada RM4.16 berbanding dolar AS, menjadi mata wang terbaik di Asia menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
  • Prestasi ringgit meningkat walaupun sebelum ini dikritik kerana penurunan nilai berbanding dolar AS.
  • Kenaikan ringgit kepada RM4.16 berbanding dolar AS merupakan paras tertinggi dalam 13 bulan, menunjukkan kestabilan mata wang negara.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata prestasi ringgit itu dapat dicapai walaupun kerajaan sebelum ini dikecam apabila mata wang domestik mengalami penyusutan berbanding dolar AS.

"Dulu kita diserang bertubi-tubi (kerana) ringgit jatuh (tetapi) sekarang bila ringgit mengukuh, tak sebut sepatah pun (pujian), inilah masalahnya. Jadi, sekarang ini, (paras ringgit) RM4.16 berbanding satu dolar AS dan muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia," kata beliau ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 6 petang semalam, ringgit meningkat 0.4 peratus kepada 4.1555/1635 berbanding dolar AS daripada 4.1735/1775 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Angka itu menjadi paras tertinggi ringgit dalam tempoh 13 bulan selepas mencatatkan 4.1625 pada 2 Okt, 2024.

Setakat 8.01 pagi hari ini, ringgit meningkat kepada 4.1540/1660 berbanding dolar AS daripada 4.1555/1635 ketika ditutup semalam.

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai cara kerajaan mengukur keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI selepas tempoh 18 hingga 24 bulan serta usaha pengukuhan yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan dasar tersebut benar-benar mencapai matlamatnya.

-- BERNAMA



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah nilai terkini ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mengapa ia dilihat sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia?
    A: Ringgit Malaysia kini didagangkan pada RM4.16 berbanding dolar AS, menjadikannya mata wang berprestasi terbaik di Asia, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Q: Apakah faktor yang menyumbang kepada prestasi meningkat ringgit Malaysia berbanding dolar AS?
    A: Prestasi meningkat ringgit Malaysia berbanding dolar AS dilihat sebagai hasil usaha pengukuhan yang dilakukan oleh kerajaan, walaupun sebelum ini ringgit telah mengalami penyusutan berbanding dolar AS.
  • Q: Apakah yang menyebabkan ketika ringgit mengukuh, tidak terdapat sebarang pujian seperti yang diterima apabila ringgit jatuh?
    A: Anwar Ibrahim menyatakan bahawa ketika ringgit mengukuh, tiada pujian diterima seperti ketika ringgit jatuh, menunjukkan masalah dalam penilaian prestasi mata wang negara.
  • Q: Bagaimanakah prestasi ringgit Malaysia setakat ini dalam tempoh 13 bulan terakhir?
    A: Ringgit Malaysia mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh 13 bulan dengan nilai 4.1625 berbanding dolar AS pada 2 Oktober 2024, dan pada masa kini didagangkan pada 4.1540/1660 berbanding dolar AS.
  • Q: Apakah tindakan kerajaan dalam memastikan Dasar Ekonomi MADANI mencapai matlamatnya selepas tempoh 18 hingga 24 bulan?
    A: Kerajaan sedang dan akan melaksanakan usaha pengukuhan bagi memastikan Dasar Ekonomi MADANI mencapai matlamatnya selepas tempoh 18 hingga 24 bulan, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



#ringgit #mata wang berprestasi terbaik di Asia #Anwar Ibrahim #Dewan Rakyat #terkini