awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur

Bernama
Bernama
09/02/2026
02:00 MYT
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen global yang bercampur-campur mengehadkan kenaikan manakala pelabur menilai perkembangan politik dan pergerakan mata wang utama.
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan hampir mendatar pada 3.9430/9560 berbanding dolar AS daripada 3.9440/9525 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pelbagai faktor global telah membentuk pasaran pertukaran asing dan dolar AS-ringgit dijangka diniagakan antara RM3.93 dan RM3.95 hari ini.
"Kami menjangka mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit kekal dalam momentum positif dalam ketidaktentuan pasaran yang mereda," katanya kepada Bernama.
Mengenai perkembangan luaran, katanya Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang memenangi majoriti besar dalam pilihan raya semalam memberi petunjuk bahawa Perdana Menteri Sanae Takaichi dijangka meneruskan langkah-langkah rangsangan ekonomi, langkah yang boleh memberi impak kepada yen Jepun.
Katanya pada masa yang sama, ketegangan yang mereda antara Amerika Syarikat dan Iran berkaitan program nuklear selepas rundingan pada Jumaat lepas telah membawa kepada penurunan harga minyak mentah Brent.
Beliau berkata perkembangan politik di rantau ini turut menyokong sentimen pasaran terutamanya pilihan raya umum Thailand apabila Parti Bhumjaithai meraih kemenangan besar, mencerminkan kesinambungan kestabilan politik dan ekonomi negara itu.
"Dalam aspek lain, terdapat sedikit optimisme dalam pasaran. Bagaimanapun, yen yang rendah telah menyumbang kepada pengukuhan Indeks Dolar AS (DXY)," katanya.
Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5075/5161 daripada 2.5111/5167 semasa ditutup pada Jumaat lepas, bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 5.3664/3841 daripada 5.3548/3663 dan merosot berbanding euro kepada 4.6630/6784 daripada 4.6508/6608 sebelum ini.
Ringgit juga kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan diniagakan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 233.6/234.5 daripada 233.6/234.3 semasa ditutup pada Jumaat lepas, rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1020/1125 daripada 3.0965/1034, merosot berbanding baht Thailand kepada 12.5386/5887 daripada 12.4609/4933 dan mendatar berbanding peso Filipina kepada 6.73/6.75.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#minyak mentah Brent
#pasaran mata wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.