BISNES
  
            Ringgit dibuka lebih tinggi apabila dolar AS hadapi ketidaktentuan dasar monetari
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1900/2065 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
            
      KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kekal kukuh pada Selasa, apabila ketidaktentuan dasar monetari AS yang berterusan menjejaskan mata wang itu.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1900/2065 berbanding dolar AS daripada 4.1980/2025 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS-ringgit dijangka terus bergerak dalam jajaran kecil dengan berlegar sekitar paras RM4.20 hari ini.
Beliau berkata Gabenor Rizab Persekutuan AS (Fed), Lisa Cook mengakui pasaran buruh semakin lemah namun tidak memberikan panduan mengenai kadar faedah bagi mesyuarat Disember.
Sementara itu, Gabenor Fed Stephen Miran yang mengundi untuk pengurangan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, menyifatkan pendirian dasar monetari semasa adalah ketat.
"Indeks Dolar AS (DXY) kekal pada paras tinggi, meningkat 0.07 peratus kepada 99.871 mata susulan kenyataan tersebut," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Mengenai ekonomi AS, beliau berkata Indeks Pembuatan ISM susut kepada 48.7 mata pada Oktober, menandakan lapan bulan berturut-turut indeks itu berada di bawah paras 50 mata.
"Berdasarkan maklum balas daripada tinjauan ISM, kebanyakan perniagaan bersikap pesimis kerana tarif telah menyebabkan kenaikan harga dan gangguan rantaian bekalan, memandangkan pilihan terhad untuk mendapatkan input pengeluaran dari dalam negara," katanya.
Pada awal dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.7157/7265 daripada 2.7230/7261 ketika ditutup semalam, dan meningkat berbanding pound British kepada 5.5006/5223 daripada 5.5099/5158.
Unit domestik juga lebih kukuh berbanding euro kepada 4.8244/8434 daripada 4.8344/8396.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2095/2224 daripada 3.2206/2243 ketika ditutup pada Isnin, dan lebih tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.12/7.16 daripada 7.14/7.15.
Ringgit juga meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8852/12.9431 daripada 12.9285/9483, dan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 251.2/252.3 daripada 251.7/252.1 semalam.
-- BERNAMA