awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR

Bernama
Bernama
07/03/2024
03:20 MYT
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7145/7190 daripada 4.7295/7350 yang dicatat semalam. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong oleh sentimen lebih baik menjelang pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), petang ini.
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7145/7190 daripada 4.7295/7350 yang dicatat semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan beberapa pergerakan positif bagi ringgit namun kekal berhati-hati berikutan data ekonomi AS yang disifatkan beliau masih memaparkan pasaran tenaga kerja yang berdaya tahan.
"Data Penggajian ADP itu tidak menepati jangkaan awal apabila mencatat 140,000 pada Februari berbanding jangkaan sebanyak 149,000.
Jumlah itu menyusuli kenaikan 111,000 yang dicatat pada Januari lepas," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) pula di paras rendah pada 103.36 mata selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memberi jaminan bahawa bank pusat itu akan mengurangkan kadar utama walaupun masih perlu melihat beberapa bukti meyakinkan bahawa kadar inflasi bergerak ke arah matlamat sebanyak dua peratus.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain iaitu naik pound Britain pada 6.0053/0111 daripada 6.0207/0277 sebelum ini.
Ringgit juga meningkat berbanding euro kepada 5.1397/1447 daripada 5.1438/1498 namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.1660/1692 daripada 3.1604/1643 sebelum ini.
Pada masa sama, ringgit turut diniagakan mengukuh berbanding mata wang Asean.
Ini termasuk meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2337/2519 daripada 13.2479/2704, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.5241/5277 daripada 3.5268/5312, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 300.1/300.6 daripada 301.1/301.6 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.45/8.46 daripada 8.46/8.48.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#Rizab Persekutuan AS
#OPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan