awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
29/12/2021
02:12 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.1800/1830 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi dagangan awal pada Rabu, di tengah-tengah data bercampur-campur di AS dan pembetulan teknikal membabitkan pasaran penanda aras utamanya, kata penganalisis.
Pada 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.1800/1830 berbanding dolar AS daripada 4.1785/1830 pada akhir dagangan semalam.
Sehubungan itu, prestasi ringgit berbanding dolar AS dijangka mengalami pembetulan teknikal hari ini berikutan peningkatan unit tempatan berkenaan sejak beberapa hari lepas, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid said.
"Pasaran agak suram berikutan tiada banyak pergerakan di pasaran walaupun perkembangan membabitkan varian Omicron COVID-19 itu agak menggalakkan," katanya kepada Bernama.
Pada masa ini, beliau menjangkakan paras rintangan dan sokongan terhadap unit tempatan itu berada pada sekitar RM4.1862 dan RM4.1498.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lainnya.
Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6158/6199 daripada 5.6188/6249 pada akhir dagangan Selasa dan naik berbanding euro kepada 4.7280/7314 daripada 4.7355/7406.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen kepada 3.6402/6431 daripada 3.6401/6444 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0865/0889 daripada 3.0860/0898, sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan