KUALA LUMPUR: Nilai ringgit menyusut sedikit dan dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan peningkatan hasil bon Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi terkini negara itu menguatkan lagi jangkaan bahawa kadar faedah akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lama.
Jualan rumah baharu di AS meningkat 12.3 peratus bulan ke bulan kepada 759,000 unit pada September, lebih tinggi daripada anggaran konsensus sebanyak 680,000 unit. Ia adalah paras tertinggi sejak Februari 2022.
Pada 9 pagi, ringgit merosot nilai kepada 4.7850/7895 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.7780/7830.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, berikutan data ekonomi AS terkini yang begitu positif, penanda aras bon Perbendaharaan AS meneruskan pergerakan ke arah paras 5.0 peratus.
"Justeru, ringgit dijangka lemah dalam julat RM4.78 hari ini kerana sentimen pasaran masih terkawal dan lebih memihak kepada prospek dolar AS," katanya kepada Bernama.
Pemain pasaran turut menantikan anggaran awal keluaran dalam negara kasar suku ketiga AS lewat hari ini untuk mendapatkan hala tuju keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS yang seterusnya sebelum mesyuaratnya pada akhir bulan ini.
Pada sesi awal dagangan, ringgit kebanyakannya bergerak lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7851/7905 daripada 5.7905/7965 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1858/1890 daripada 3.1866/1902 semalam.
Bagaimanapun, nilai ringgit lemah berbanding euro kepada 5.0525/0572 daripada 5.0494/0547 sebelum ini.
Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.
Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.4858/4896 daripada 3.4871/4910 dan mengukuh berbanding baht Thai pada 13.1637/1804 daripada 13.1960/2153 sebelumnya.
Namun begitu, mata wang tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.4/301.9 daripada 301.0/301.5 dan turun berbanding peso Filipina pada 8.41/8.42 daripada 8.40/8.41 sebelumnya. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Pada 9 pagi, ringgit merosot nilai kepada 4.7850/7895 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.7780/7830. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.