KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pasaran pertukaran asing memberi tumpuan kepada ketegangan geopolitik susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya ke atas Yaman baru-baru ini.
Pada 9.07 pagi, ringgit merosot kepada 4.6470/6570 berbanding dolar AS daripada 4.6455/6500 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata serangan itu telah menyebabkan harga minyak mentah berada pada paras tinggi, dengan minyak mentah Brent meningkat kepada US$78.17 setong daripada US$76.8 setong sebelum serangan pada Khamis lepas.
"Hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun turut merosot sebanyak 10 mata asas kepada 4.14 peratus manakala pasaran derivatif kadar faedah telah meningkatkan harapan mereka untuk penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan AS pada Mac," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pasaran dilihat berada dalam sentimen menghindari risiko berikutan ketidaktentuan disebabkan oleh konflik di Yaman.
Oleh itu, beliau menjangka ringgit akan kekal rendah pada sekitar RM4.64 hingga RM4.65 setiap dolar AS.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding euro kepada 5.0903/1013 daripada 5.0924/0973 pada Jumaat dan naik berbanding pound kepada 5.9189/9316 daripada 5.9239/9297 sebelum ini, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2024/2095 daripada 3.2007/2040.
Pada masa sama, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4887/4968 daripada 3.4900/4936 pada Jumaat lepas, bagaimanapun merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 298.7/299.6 daripada 298.6/299.1 minggu lepas, susut berbanding baht Thailand kepada 13.2980/3324 daripada 13.2464/2664 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.32/8.34 daripada 8.30/8.32 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Pada 9.07 pagi, ringgit merosot kepada 4.6470/6570 berbanding dolar AS daripada 4.6455/6500 pada Jumaat lepas. -Gambar fail
Gempa bumi berkembar gegar Bandung
Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Ops Rentap Trio tumpas geng ragut tumpu lokasi pelancongan
Lima rakan yang menjadi dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal ditahan melalui beberapa serbuan.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
'Game changer' akan diumum dalam masa terdekat - KDN
Saifuddin menambah masih banyak ruang yang boleh ditambah baik di pintu-pintu masuk negara khususnya untuk menerima kedatangan para pelancong.
JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
KPM giat atasi isu dibangkitkan laporan bank dunia
Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah untuk mereformasi sistem pendidikan negara, lebih awal daripada laporan Bank Dunia yang menekankan. kekurangannya.
[TERKINI] Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu meningkat
Katanya, Fed AS dilihat tidak tergesa-gesa meredakan pendirian dasar monetarinya dalam masa terdekat.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.