awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
05/02/2024
03:45 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi ini, ringgit di paras 4.7570/7620 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi urus niaga awal Isnin berikutan kekurangan minat belian apabila unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
Pada 9.05 pagi ini, ringgit di paras 4.7570/7620 berbanding dolar AS daripada 4.7155/7185 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama, ringgit dijangka berdepan kekangan minggu ini selepas pengumuman data pekerjaan AS yang kukuh, sekali gus menyumbang kepada peningkatan tarikan dolar AS.
Sementara itu berbanding kelompok mata wang utama, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh, termasuk berbanding yen Jepun kepada 3.1999/2035 daripada 3.2142/2164 pada akhir Jumaat lepas, naik berbanding pound Britain kepada 5.9976/6.0039 daripada 6.0160/0199 dan meningkat berbanding euro kepada 5.1252/1306 daripada 5.1352/1384.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5379/5418 daripada 3.5309/5334 sebelum ini, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 303.7/304.2 daripada 301.0/301.4 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.48/8.49 daripada 8.43/8.44.
Unit tempatan itu mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.3436/3640 daripada 13.3735/3873 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan