awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Monyet gunung agresif, berbahaya kepada pengunjung di Taman Rekreasi Gunung Lang
Neymar mulakan pemulihan, sasar tempat dalam skuad Piala Dunia 2026
Trump gesa pelaburan minyak AS$100 bilion di Venezuela, Exxon ragui kebolehlaburan negara itu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
09/02/2024
03:40 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.7820/7870 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, dipengaruhi oleh data pasaran buruh AS yang kukuh, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.7820/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7705/7745 semasa ditutup semalam.
Tuntutan pengangguran awal AS adalah lebih rendah berbanding jangkaan sebanyak 218,000 pada minggu lepas berbanding anggaran konsensus berjumlah 221,000, menunjukkan pasaran buruh yang teguh apabila jumlah warga AS yang menuntut manfaat pengangguran mereka adalah lebih kecil.
"Ini merupakan isyarat bahawa pelabur positif terhadap pendapatan syarikat AS pada tahun ini.
"Secara keseluruhannya, dolar AS dalam keadaan paling efektif memandangkan Rizab Persekutuan tidak mungkin akan berubah arah dalam masa terdekat, memberikan lebih banyak kelebihan kepada dolar AS," katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS hari ini, katanya.
Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2010/2046 daripada 3.2068/2100 semasa ditutup pada Khamis.
Ia menyusut berbanding pound Britain kepada 6.0320/0383 daripada 6.0251/0302 sebelum ini dan berkurangan berbanding euro kepada 5.1516/1570 daripada 5.1445/1488.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN lain tetapi lebih baik berbanding baht Thailand kepada 13.3103/3317 daripada 13.3191/3362.
Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5477/5517 daripada 3.5471/5506 pada Khamis. Ia juga menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 305.8/306 berbanding 305.0/305.5 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.55/8.56 daripada 8.53/8.54 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan