awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan sasar memvaksin lebih 45 juta kanak-kanak dalam kempen anti-polio pertama 2026
Pope Leo XIV tegaskan hak orang awam Palestin untuk hidup aman
Angkasawan NASA tinggalkan ISS Rabu susulan isu kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, dijangka pulih pada akhir urus niaga

Bernama
Bernama
07/02/2024
02:30 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, dijangka pulih pada akhir urus niaga
Ringgit susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga pagi ini, namun diunjur pulih kemudiannya didorong oleh jangkaan China mengumumkan langkah bagi merangsang ekonomi negara itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Rabu, namun diunjur pulih kemudiannya didorong oleh jangkaan China mengumumkan langkah bagi merangsang ekonomi negara itu.
Pada 9.01 pagi ini, ringgit berada di paras 4.7590/7625 berbanding dolar AS daripada paras 4.7570/7620 pada akhir urus niaga semalam.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kerajaan China dijangka mengumumkan langkah bagi merangsang ekonomi di tengah-tengah kritikan bahawa kerajaan tidak bertindak sewajarnya bagi memacu keyakinan pelabur.
"Data-data Indeks Pengurus Pembelian yang meningkat juga menunjukkan bahawa ekonomi utama itu masih bertahan, terutamanya bagi sektor perkhidmatan," katanya.
Beliau berkata, berikutan ringgit berada dalam keadaan terlebih jual, beberapa pembetulan sememangnya dijangkakan yang menyaksikan ringgit mungkin pulih berbanding dolar AS hari ini.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.2188/2214 daripada 3.2012/2048 pada Selasa, turun berbanding euro kepada 5.1202/1240 daripada 5.1109/1163 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.9973/6.0017 daripada 5.9653/9715 sebelum ini.
Selain itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean.
Ringgit bagaimanapun meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 302.4/302.9 daripada 302.8/303.2 semalam, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5425/5454 daripada 3.5321/5361 dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.3864/4019 daripada 13.2970/3169.
Ia juga rendah berbanding peso Filipina kepada 8.48/8.50 daripada 8.45/8.46. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#ringg dibuka rendah
#dolar AS
#mata wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan