awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, tinggi berbanding mata wang utama lain

Bernama
Bernama
03/01/2025
02:50 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, tinggi berbanding mata wang utama lain
Stephen Innes berkata dolar AS semakin memperoleh momentum ketika bermulanya tahun baharu, didorong oleh pelabur yang bersedia terhadap kemungkinan tarif oleh Trump. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Jumaat, meneruskan aliran menurun berikutan tekanan daripada permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS.
Pada pukul 8 pagi, ringgit susut kepada 4.4850/4950 berbanding dolar AS daripada 4.4760/4810 semasa ditutup pada Khamis.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata dolar AS semakin memperoleh momentum ketika bermulanya tahun baharu, didorong oleh pelabur yang bersedia terhadap kemungkinan tarif oleh Presiden dipilih AS, Donald Trump, yang boleh melemahkan semua mata wang pertukaran asing (FX) Asia pada peringkat awal.
Beliau berkata daya tahan ekonomi AS menunjukkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin mengekalkan kadar faedah pada Januari.
"Jangkaan ini menambahkan lagi kebimbangan mata wang serantau apabila peserta pasaran bersedia untuk kesan yang lebih luas daripada keputusan dasar perdagangan dan kewangan AS terhadap dinamik mata wang global," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8498/8565 daripada 2.8546/8580 ketika ditutup pada Khamis, dan lebih tinggi berbanding pound British kepada 5.5520/5644 daripada 5.5869/5932.
Ringgit juga naik berbanding euro kepada 4.6047/6150 daripada 4.6336/6387 semasa ditutup semalam.
Sementara itu, mata wang domestik diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2744/2822 daripada 3.2859/2898 ketika ditutup pada Khamis, dan sedikit rendah berbanding peso Filipina kepada 7.74/7.74 daripada 7.73/7.75.
Ringgit juga susut berbanding baht Thailand kepada 13.0640/0756 daripada 13.0530/0744, dan kurang stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 276.8/277.6 daripada 276.2/276.7 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#pertukaran wang asing
#Rizab Persekutuan AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan