awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kopi Waktu tonjol identiti Kedah, promosi sektor pelancongan - Raja Muda Kedah
Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff
Lelaki bunuh 9 orang, termasuk 4 anak kandung selepas bertengkar dengan isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
04/07/2022
03:45 MYT
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.4060/4100 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka mendatar pagi ini berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadualkan minggu ini walaupun permintaan terhadap dolar AS kekal kukuh disebabkan status selamatnya, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.4060/4100 berbanding dolar AS daripada 4.4060/4085 pada penutup pada hari Jumaat.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal stabil sekitar RM4.40 hari ini.
"Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diunjur lebih tinggi minggu ini boleh mengekalkan nilai ringgit.
"Kadar faedah sebenar yang negatif pada masa ini boleh mendorong BNM untuk menaikkan OPR bagi memberi insentif kepada penyimpan untuk meletakkan simpanan mereka dalam deposit bank dan mengelakkan tingkah laku pengambilan risiko yang berlebihan," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berpendapat bahawa kebimbangan pertumbuhan global yang berterusan boleh melemahkan ringgit.
"Dalam persekitaran pertumbuhan global yang lebih perlahan, mata wang pasaran baharu muncul, dan terutamanya pengeksport komoditi, cenderung untuk berdagang lebih lemah semasa fasa awal penurunan," katanya.
Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali dolar Singapura.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain pada 5.3326/3374 daripada penutupan Jumaat 5.3163/3193, lemah berbanding yen Jepun kepada 3.2644/2676 daripada 3.2483/2504 sebelum ini dan turun berbanding euro kepada 4.5963/6005 daripada 4.5060/6086.
Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1550/1583 daripada 3.1596/1618 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan