awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
14/10/2021
03:53 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.08 pagi, unit tempatan menokok kepada 4.1500/1530 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan momentum pembelian yang semakin baik bagi unit domestik itu.
Pada 9.08 pagi, unit tempatan menokok kepada 4.1500/1530 berbanding dolar AS daripada 4.1590/1610 sewaktu ditutup pada Rabu.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata lebih 75 peratus penduduk di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 dan jumlah jangkitan kes baharu juga telah berkurangan dari hari ke hari.
"Berita bahawa Malaysia akan membenarkan penduduk dewasa yang telah menerima vaksin penuh untuk melakukan perjalanan bermula Isnin merangsang sentimen dan memihak kepada ringgit. Dari sudut teknikal, dolar AS/ringgit berpotensi untuk merosot sehingga 4.1350," katanya.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6599/6629 berbanding 3.6611/6632 sewaktu ditutup pada Rabu, namun susut berbanding pound Britain kepada 5.6722/6763 daripada 5.6675/6702.
Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0766/0790 daripada 3.0739/0758 semalam dan susut berbanding euro kepada 4.8136/8171 daripada 4.8074/8097.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#mata wang asing
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan