awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
31/01/2022
03:58 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Nilai ringgit disebut harga tinggi sedikit berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini berikutan minat belian yang diperbaharui. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit disebut harga tinggi sedikit berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini berikutan minat belian yang diperbaharui.
Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1855/1905 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1915 pada penutup hari Jumaat.
Seorang peniaga berkata harga minyak yang lebih tinggi memberi sokongan kepada prestasi ringgit pada sesi awal.
Pada ketika ini, minyak mentah Brent melonjak 1.02 peratus kepada US$90.95 dan West Texas Intermediate melonjak 1.21 peratus kepada US$88.03.
Pasaran minyak mengukuh dalam sesi perdagangan awal di celah-celah permintaan global dan peristiwa geopolitik yang berterusan di Ukraine.
Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0867/0906 daripada penutup hari Jumaat 3.0860/0890 dan merosot berbanding euro pada 4.6647/6703 berbanding 4.6621/6660.
Mata wang tempatan itu menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.6107/6174 daripada 5.6031/6078 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6241/6288 daripada 3.6222/6252.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#minyak mentah Brent
#West Texas Intermediate
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan