KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan peningkatan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu yang dilihat terhad dalam persekitaran minat untuk mengambil risiko yang lebih baik dalam kalangan peserta pasaran, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.3915/3995 berbanding dolar AS daripada 4.3950/4000 pada Rabu.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata jangkaan pasaran terhadap sekatan COVID-19 China yang longgar terus mengukuhkan Politburo China, yang telah mempercepatkan persediaannya untuk pembukaan semula secara sepenuhnya, sekali gus membantu menaikkan ringgit dengan lebih kukuh.
"Langkah China untuk keluar daripada sifar-COVID akan memberi banyak manfaat kepada pengeksport barangan pengguna dan perkhidmatan pelancongan Asia ke China, justeru ringgit dan Baht Thailand akan mencatatkan prestasi yang baik dan ini akan menjadi faktor utama yang memacu prestasi pertukaran asing Asia pada 2023," katanya kepada Bernama.
Dalam perkembangan lain, katanya hasil 10 tahun AS merosot dengan ketara dan berdasarkan ringgit akan menerima impak daripada prestasinya, ini dilihat sebagai positif untuk peniaga tempatan.
Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pelabur masih tidak pasti mengenai apa yang dapat dijangka daripada Rizab Persekutuan AS (Fed) dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Katanya pelabur sedang menunggu data mengenai Tuntutan Pengangguran Awal AS dan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang akan dikeluarkan yang boleh memberikan gambaran lanjut mengenai hala tuju pasaran.
"Dari aspek teknikal, dolar AS masih menunjukkan Indeks Kekuatan Relatif (RSI) di bawah 30 berbanding ringgit, menunjukkan situasi lebihan jualan apabila pergerakan meningkat boleh bermula dalam tempoh beberapa hari akan datang," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan merosot berbanding pound kepada 5.3559/3656 daripada 5.3320/3381 pada Rabu dan rendah berbanding euro kepada 4.6111/6195 daripada 4.6055/6108 semalam.
Ia berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.2364/2428 daripada 3.2323/2365 pada Rabu dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.2142/2205 daripada 3.1936/1974 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.3915/3995 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan

Anwar pertahan lantikan, tegaskan Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa
Beliau cakna dengan respons daripada rakyat namun sekali lagi menegaskan anaknya itu tidak akan menerima sebarang imbuhan.

AWANI Ringkas: Malaysia hantar pasukan SMART, bantu operasi SAR di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tukang masak pukul majikan hingga maut direman
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan sejurus kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini.

Media ASEAN | Wartawan Malaysia dan Indonesia bersama bincang isu serantau
Wartawan Malaysia dan Indonesia perlu bersama membincangkan isu-isu serantau yang memberi impak kepada kedua-dua negara.

Tembak Belon | China sekali lagi kutuk Amerika Syarikat
China sekali lagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menembak jatuh belon yang didakwa pengintip negara itu Sabtu lalu.

Menu Rahmah | Restoran tawar menu asam pedas Melaka
Sebagai usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan, sebuah restoran asam pedas terkenal di Bandar Hilir, Melaka turut mengambil inisiatif menawarkan sajian menu Rahmah, set asam pedas dengan harga serendah RM5.
![[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang [KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675685761_akhbarsatar.jpg)
[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang
Poligraf digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang, sistem kehakiman, sektor swasta dan media di beberapa negara untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar.

Gempa Bumi | Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ini perkembangan terbaharu. Kurang 12 jam selepas dilanda gempa bumi dahsyat bermagnitud 7.8, Turkiye dilanda satu lagi gempa bermagnitud tinggi. Media kerajaan di Syria juga melaporkan, Damsyik turut terjejas dengan gempa susulan itu.

Politik | Anwar akui ada bekas ahli UMNO mahu sertai PKR
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada bekas ahli UMNO yang berminat menyertai parti itu. Namun perkara itu perlu dibincangkan bersama kepimpinan UMNO terlebih dahulu.

Sidang Media | Apa kata Perdana Menteri?
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan pemimpin politik yang seolah-olah menggunakan agama untuk 'membenarkan' salah guna kuasa dan rasuah. Tegas Presiden PKR itu, tidak mungkin mana-mana agama digunakan untuk mempertahankan rasuah dan salah guna kuasa apatah lagi Islam yang sememangnya tegas menentang kesalahan itu. Di bilik berita Ridauddin Daud ada butirannya.

Pemulihan ekonomi China dijangka dorong ringgit di paras 4.25 minggu depan
Prospek terhadap ringgit kekal cerah kerana sebarang pemulihan di China dilihat dapat menampan ketidaktentuan ekonomi di AS.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan pelabur menumpukan perhatian kepada data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat lewat hari ini.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.65 bilion pada akhir disember 2022 - Bank Negara
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.65 bilion pada akhir Disember 2022 manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.40 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit dibuka tinggi teruskan kenaikan tujuh hari berturut-turut
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2345/2395 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2410/2475 pada Jumaat minggu lepas.

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2410/2475 berbanding dolar AS daripada 4.2450/2465 pada penutup Khamis.

Harga minyak naik, ringgit terus mengukuh pada sesi awal
Ringgit meneruskan momentum kenaikannya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar AS pada hari ini.

Ringgit teruskan peningkatan berbanding dolar AS ketika awal dagangan
Pada 9 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.2510/2600 berbanding dolar AS daripada 4.2575/2625 sewaktu ditutup pada Rabu.

Ringgit ditutup paras tertinggi dalam tempoh 9 bulan berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran menaiknya untuk ditutup pada paras tertinggi hampir sembilan bulan berbanding dolar AS hari ini.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pelabur dijangka terus berhati-hati berikutan kemungkinan peningkatan mendadak kes COVID-19 di China selepas perayaan Tahun Baharu Cina.