awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
16/07/2024
03:20 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) kekal, kata seorang penganalisis.
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jerome Powell pada Isnin berkata bank pusat itu tidak akan menunggu sehingga inflasi mencecah dua peratus untuk menurunkan kadar faedah.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata potensi penurunan kadar itu akan memberi sokongan kepada ringgit dalam tempoh terdekat dan menjadikan mata wang tempatan stabil pada paras semasa.
Bagaimanapun, insiden cubaan membunuh Donald Trump hujung minggu lepas nampaknya telah meningkatkan peluangnya untuk memenangi pilihan raya presiden AS pada November depan.
"Nota Perbendaharaan AS dua dan 10 tahun meningkat satu dan lima mata asas masing-masing kepada 4.46 peratus dan 4.23 peratus dalam persekitaran kebimbangan bahawa langkah populis Trump akan mengakibatkan defisit fiskal AS yang lebih tinggi," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9526/9555 daripada 2.9578/9593 ketika ditutup semalam, melonjak berbanding pound Britain kepada 6.0554/0606 daripada 6.0658/0684 pada penutupan Isnin dan menambah berbanding euro kepada 5.0884/0927 daripada 5.0991/1013 sebelumnya.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4751/4783 daripada 3.4810/4827 semalam, menokok berbanding peso Filipina kepada 7.98/7.99 daripada 7.99/7.99 pada Isnin dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 288.7/289.1 daripada 288.9/289.2 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9138/9313 daripada 12.9007/9116 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#penurunan kadar faedah
#Inflasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan