awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
POLITIK
PRN Sabah: PBS tolak kerjasama dengan BN
DUNIA
Iran buka semula sebahagian ruang udara susulan gencatan senjata dengan Israel
DUNIA
Iran lulus rang undang-undang gantung kerjasama dengan IAEA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
26/06/2025
01:20 MYT
Sponsor Banner
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Mohd Afzanizam berkata, pasaran masih yakin Fed AS akan menurunkan kadar faedah pada separuh kedua tahun ini dengan dua penurunan kadar kini nampaknya menjadi asas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikannya berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh komen Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan ketidaktentuan daripada kesan inflasi tarif.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2255/2475 berbanding dolar AS daripada 4.2335/2405 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prospek penurunan kadar AS kekal kerana risiko penurunan kepada pertumbuhan terus meningkat dalam persekitaran sentimen yang lemah dalam kalangan pengguna dan perniagaan.
"Berdasarkan faktor itu, pasaran masih yakin Fed AS akan menurunkan kadar faedah pada separuh kedua tahun ini dengan dua penurunan kadar kini nampaknya menjadi asas," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam juga berkata Indeks Dolar AS (DXY) jatuh 0.18 peratus kepada 97.679 mata, menunjukkan kadar pertukaran dolar AS-ringgit mungkin berlegar antara 4.22 dan 4.23 hari ini.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9161/9315 daripada 2.9070/9120, turun berbanding pound Britain kepada 5.7843/8144 daripada 5.7631/7726 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.9367/9624 daripada 4.9113/9194.
Dalam pada itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia naik berbanding peso Filipina kepada 7.45/7.49 daripada 7.46/7.48, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 259.2/260.6 daripada 259.7/260.2, bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3092/3269 daripada 3.3061/3121 dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9899/13.0648 daripada 12.9584/9858.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#rizab persekutuan
#Inflasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami