BISNES
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit naik berbanding baht Thailand kepada 12.9708/13.0425 daripada 12.9933/13.0151 semasa ditutup semalam, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2585/2749 daripada 3.2648/2689.
KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan dagangan hari ini dengan mencatatkan lebih kukuh berbanding dolar AS, disokong oleh sentimen pasaran domestik yang lebih baik dalam pelbagai perkembangan perdagangan global.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2220/2430 berbanding dolar AS daripada 4.2305/2355 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketegangan perdagangan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah mendorong kepada penyusutan nilai dolar AS.
"Indeks Dolar AS (DXY) merosot sebanyak 0.26 peratus kepada 98.793 mata berikutan konflik perdagangan yang meningkat dijangka mengukuhkan potensi penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.
"Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal berdaya tahan, dengan kadar pertukaran USD/MYR diunjurkan berada antara RM4.22 dan RM4.23," katanya kepada Bernama.
Ringgit, bagaimanapun diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali euro, yang meningkat kepada 4.9165/9410 daripada 4.9213/9272 semasa ditutup semalam.
Ia rendah berbanding pound kepada 5.6579/6860 daripada 5.6469/6535 pada Rabu dan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.7957/8097 daripada 2.7948/7983.
Sebaliknya, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9708/13.0425 daripada 12.9933/13.0151 semasa ditutup semalam, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2585/2749 daripada 3.2648/2689, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 254.7/256.0 daripada 255.2/255.6 dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.27/7.31 daripada 7.29/7.30 sebelum ini.
-- BERNAMA