BISNES
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong minat belian, kerajaan AS tutup
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2000/2100 berbanding dolar AS daripada 4.2045/2095 ketika ditutup semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong minat belian berterusan terhadap mata wang tempatan berikutan penutupan kerajaan AS buat kali pertama dalam tempoh hampir tujuh tahun.
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2000/2100 berbanding dolar AS daripada 4.2045/2095 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penutupan operasi kerajaan itu telah bermula sekali gus mengehadkan perkhidmatan kerajaan AS termasuk mengekang data perangkaan daripada dikeluarkan.
"Persoalan penting di sini adalah seberapa cepat kebuntuan antara Parti Republikan dan Demokrat berkenaan dengan program perbelanjaan dan konsesi dapat diselesaikan.
"Pada masa ini, penutupan kerajaan AS memberi kesan negatif kepada dolar. Dolar-ringgit boleh sekali lagi cuba menguji paras psikologi RM4.20 hari ini," katanya kepada Bernama.
Dalam sesi dagangan awal, ringgit turut mengukuh berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.9279/9396 daripada 4.9327/9386 ketika ditutup pada Rabu, dan lebih tinggi berbanding pound British kepada 5.6603/6738 daripada 5.6605/6672.
Ringgit turut lebih stabil berbanding yen Jepun kepada 2.8542/8612 daripada 2.8561/8597 semalam.
Ringgit juga diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2611/2694 daripada 3.2623/2665 ketika ditutup pada Rabu, dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9478/9870 daripada 12.9929/13.0128.
Ringgit lebih kukuh berbanding peso Filipina kepada 7.22/7.24 daripada 7.23/7.24, dan meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 252.4/253.2 daripada 252.7/253.1.
-- BERNAMA